MAVERICK VINALES muncul juara Grand Prix (GP) Emilia-Romagno di litar Misano malam tadi sekaligus merapatkan jurang satu mata dengan pendahulu keseluruhan MotoGP, Andrea Dovizioso.
Dalam perlumbaan itu Joan Mir dari Suzuki menduduki tempat kedua dibelakang Vinales yang menunggang untuk pasukan Monster Yamaha itu.
Manakala, Pol Espargaro (KTM) menduduki tempat ketiga selepas pelumba Yamaha Petronas SRT, Fabio Quatararo dikenakan penalti selepas berada di garis hijau litar perlumbaan.
Quartararo dan Vinales masing-masing terikat dengan 83 mata untuk berada di belakang Dovizioso yang setakat kini mengumpul 84 mata.
![]() |
Vinales juara MotoGP Emilia-Ramagno |
Seorang lagi pelumba Itali, Marco Bezzecchi (SKY Racing Team VR46) di tempat kedua, manakala Sam Lowes (EG 0,0 Marc VDS) dari Britain di tempat ketiga.
Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah (Inde Aspar) yang bergelut dengan masalah setup jentera menduduki tempat ke-23, manakala Kasma Daniel Kasmayudin (Onexox TKKR SAG) gagal menamatkan saingan.
Sementara itu dalam saingan Moto3 menyaksikan pelumba Itali, Romano Fenati muncul juara selepas berjaya memintas rakan senegara, Celestino Vietti pada pusingan terakhir.
Pelumba Jepun, Ai Ogura melengkapkan kedudukan podium, manakala wakil negara, Khairul Idham Pawi (Petronas Sprinta Racing) menduduki tempat ke-24.
0 Comments