PENGERUSI Pakatan harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau berupaya sokongan yang mencukupi daripada ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.
Pendirian itu disuarakan Anwar sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang peluang kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekiranya Anwar tidak mampu mendapatkan jumlah sokongan secukupnya.
Menurut Presiden KEADILAN itu, dalam isu tersebut pihaknya sentiasa menerima pandangan pelbagai pihak bagi tujuan pelantikan Perdana Menteri untuk menubuhkan kembali kerajaan, bagaimanapun usaha mendapatkan sokongan itu jelasnya mampu dilaksanakan.
"Kita sentiasa menerima pandangan pelbagai pihak dan ia tiada masalah. Pandangan yang diberikan ialah beri laluan kalau saya tidak boleh.
"Tapi jawapan saya ialah saya boleh," katanya.
Anwar berkata begitu ketika ditemui selepas menghadiri siri jelajah bagi membantu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api, Christina Liew semalam.
Sebelum ini Anwar menegaskan bahawa usaha mendapatkan sokongan Ahli Parlimen bagi mengembali semula mandat rakyat perlu dilakukan secara teratur.
![]() |
Anwar masih dianggap calon terbaik |
Walaupun beberapa pemimpin parti dalam HARAPAN mendesak agar Shafie diberi peluang, beberapa pandangan termasuk penganalisis politik sebelum ini beranggapan Anwar merupakan calon terbaik diangkat sebagai perdana menteri.
BACA: DAP wajar sokong Anwar jadi PM - Ahli Akademik
BACA: 10 NGO tampil sokong Anwar jadi Perdana Menteri.
BACA: Populariti Tun M merudum berbanding Anwar - Penganalisis
Kemelut siapa patut dinamakan sebagai calon perdana menteri HARAPAN sebelum ini berbangkit setelah Tun Dr Mahathir Mohammad meminta jawatan itu bagi tempoh 6 bulan sebelum diserahkan kepada Anwar.
Bagaimanapun, Anwar dan KEADILAN menolak cadangan tersebut. Dr Mahathir kemudian tampil dengan cadangan baharu menjadikan Shafie, pemimpin tempatan Sabah dicalonkan sebagai perdana menteri.
0 Comments