Yamaha Ysuku kini dalam senarai 'panas' polis


MOTOSIKAL
jenis Yamaha 15ZR atau digelar sebagai “Ysuku” sememangnya sangat popular di negara ini.

Dengan rekaan bentuk futuristik, tidak hairanlah motosikal kategori underbone itu menjadi kegilaan golongan remaja.

Beberapa personaliti tanah air juga dilihat berlumba-lumba mahu memiliki motosikal ini. pemilikan motosikal ini dikalangan personaliti terkenal itu melonjakkan lagi 'saham' motosikal ini.

Malangnya, trend sebahagian pemilik motosikal ini yang mengubahsuai motosikal ini secara keterlaluan tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menimbulkan isu lain.

Pihak polis kini meletakkan motosikal Ysuku dibawah senarai pemerhatian kerana didapati ramai pemilik motosikal ini telah melakukan pengubahsuaian yang melanggar undang-undang terhadap motosikal mereka.

Pihak polis kini akan menyita motosikal yang didapati melanggar undang-undang.

"“Dulu motosikal yang popular untuk ubah suai adalah Honda EX5 dan sekarang Ysuku… ini bahaya kerana mereka ubah suai kelajuan melebihi kemampuan motosikal.

“Trend ini dalam pemerhatian pihak polis. Motosikal itu (Ysuku) memang laju… kenapa perlu ditingkatkan lagi kelajuannya? Ini akan datangkan musibah.

Pengubahsuaiaan keterlaluan merbahaya | Gambar hiasan
“Polis bimbang motosikal itu tidak dapat menampung kelajuan baharu itu sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut," kata Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain.

Tambah Mohd Nadzri, mereka bimbang tindakan itu bukan sahaja membahayakan nyawa pemilik motosikal tetapi pengguna jalanraya lain.

Sehubungan itu tegasnya, pihak polis dan JPJ akan mengadakan lebih banyak operasi sekatan jalan raya bagi mengesan pengubahsuaian dilakukan terhadap motosikal Ysuku.

Post a Comment

0 Comments