PUTRAJAYA dianggap lambat bertindak balas dan mencari langkah menangani gerakan ‘boikot’ produk keluaran bukan Islam yang diusaha pihak tertentu kebelakangan ini dari terus berleluasa.
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) dalam satu kenyataan berkata, pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) seolah-olah mengambil sikap terlalu berhati-hati untuk bertindak dan hanya menunggu arahan daripada perdana menteri.
Antara laman Facebook boikot yang terus aktif |
Terdahulu, wujud gerakan memboikot barangan yang didakwa dikilangkan pengeluar bukan Islam di laman sosial.
Lebih malang gerakan itu dilihat sebagai cubaan pihak tertentu mengapi-apikan isu perkauman dengan menyelitkan paparan berkaitan sentimen politik.
Terdapat poster-poster tertentu yang menggunakan logo sebuah parti politik yang disertai majoriti rakyat berketurunan Cina sebagai bahan kempen boikot itu.
Malah ada sekelompok penyokong kempen itu turut menyebar fitnah dengan dakwaan kononnya pasaraya tertentu enggan menjual produk dikeluar pengusaha Melayu.
BACA: Econsave lapor polis individu buat fitnah
Susulan dikritik ramai termasuk oleh pengguna Melayu yang tidak bersetuju dengan gerakan itu, ada pihak tampil untuk menafikan wujud gerakan boikot dengan berkata hanya kempen mengajak orang Melayu mengutamakan produk keluaran orang Islam telah diadakan.
Malangnya kenyataan itu dilihat terlalu lewat kerana gerakan itu telah menular secara meluas di media sosial sehingga tidak dapat dikekang lagi.
Contoh poster disebar di media sosial |
“Seruan yang dibuat adalah seruan yang pandir, kurang matang, memecah-belahkan rakyat dan menghindar kemajuan ekonomi negara,” kata persatuan dianggotai bekas tentera itu.
0 Comments