ALASAN Ismail Sabri Yaakob bahawa debat bukan budaya diamalkan di negara ini bagi menolak pelawaan debat calon perdana menteri dikritik.
Penyandang kerusi Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan alasan diberikan Ismail itu sekadar untuk menutup kelemahan UMNO dan BN yang tidak mempunyai idea serta dasar yang jelas untuk membangunkan negara.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Nik Nazmi berkata Ismail mungkin terlupa bahawa sememangnya perdebatan antara pemimpin sudah menjadi budaya diamalkan dipentas politik negara ini.
“Sekiranya debat bukan budaya kita seperti yang dikatakan oleh Ismail Sabri, mengapa sebelum ini terdapat pemimpin UMNO yang menyertai debat?
“Beliau mungkin terlupa bahawa ketika pemilihan UMNO tahun 2018 juga telah diadakan debat antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bagi merebut jawatan Presiden UMNO.
“Mungkin kerana Ismail Sabri belum menjadi Presiden UMNO beliau terlupa perdebatan tersebut,” katanya Naib Presiden KEADILAN itu.

BACA: Buat malu orang Bera! kata warganet lepas Ismail tolak debat
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini melontar cadangan supaya debat secara terbuka antara calon-calon Perdana Menteri daripada gabungan yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
Jelasnya, debat itu adalah untuk memastikan rakyat dapat menilai dasar dan pelan rancangan yang akan dilaksanakan setiap calon Perdana Menteri jika dipilih kelak.
Alasan Ismail cuma untuk tutup kelemahan |
“Selain itu, perdebatan lain juga melibatkan Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin (2012) serta Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Razak (2022),” ujarnya.
0 Comments