CALON perdana menteri UMNO, Ismail Sabri Yaakob dilapor tidak berani menyahut cabaran debat Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dipetik laporan media, Naib Presiden UMNO itu memberi alasan bahawa ketika ini ahli politik sedang sibuk berkempen di kawasan masing-masing.
Sambil menyifatkan debat sebagai bukan budaya di negara ini, Ismail turut menganggap ia tidak mendatangkan sebarang faedah.
"Yang pertamanya, bukan budaya kita untuk berdebat... tak pernah kita buat. Tak mendatangkan hasil pun," kata penyandang kerusi Parlimen Bera itu.
Ismail berkata demikian ketika ditanya cadangan Anwar pada 19 Oktober lalu supaya tiga calon perdana menteri HARAPAN, PN, dan BN dipertemukan dalam debat secara terbuka.
Perdebatan itu jelas Anwar perlu memberi tumpuan kepada isu dasar dan perancangan agar kesesuaian serta kewibawaan ketiga-tiga calon terbabit dapat dinilai oleh orang ramai dan bukan berbentuk tuduhan atau dakwaan tanpa asas.
Calon perdana menteri HARAPAN berkata, dengan hanya dengan langkah itu ia secara langsung dapat memberi peluang kepada rakyat menilai hala tuju dan visi masa depan negara yang ingin dibawa bakal perdana menteri.
Sementara itu tinjauan di laman sosial mendapati kebanyakan warganet kesal dengan tindakan Ismail yang menolak gesaan Anwar supaya debat diadakan.
Fateh Fatah di ruangan komen facebook Malaysiakini berkata "Jika bukan budaya debat, arah semua universiti dan sekolah jangan lagi adakan pertandingan debat kerana bukan budaya Malaysia.
"Inilah mentaliti pemimpin UMNO, gagal faham objektif debat. Sepatutnya terima tawaran debat utu akyat menilai jawapan," katanya.
"Ameer Jeff pula secara sinis meninggalkan komen "Berdebat bukan budaya BN, budaya BN adalah rasuah," katanya. Ismail anggap debat tiada faedah
"Buat malu orang Pahang, khususnya penduduk Bera.... Berdebat pun takut," kata Puad Sharoni pula.
0 Comments