PRESIDEN PAS, Abdul Hadi Awang tidak layak digelar ulama kerana sifat peribadinya yang tidak mencerminkan sikap sepatutnya, kata Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Razeef Rakimin.
Dipetik laporan Sinar, Razeef berkata begitu susulan tindakan Abdul Hadi yang menurutnya sewenang-wenangnya melabelkan orang lain sebagai tidak beriman selain amanat yang pernah dibuat penyandang kerusi Parlimen Marang itu yang mencetuskan budaya 'takfiri' iaitu mengkafirkan seseorang atau kumpulan muslim lain.
"Beliau (Abdul Hadi) banyak menyebarkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
'Terdapat beberapa fitnah yang dilemparkan termasuk menuduh Pengerusi HARAPAN itu sebagai anggota Freemason.
"Namun selepas telah dibuktikan beliau salah, sehingga hari ini masih tidak ada permohonan maaf dan beliau tidak pernah memperbetulkan kesilapannya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Razeef turut mendakwa Abdul Hadi merupakan pemimpin PAS paling teruk dalam sejarah parti itu.
"Beliau bukan sahaja tidak mampu menjadi sebaik Allahyarham Fadzil Mohd Noor, Allahyarham Yusuf Abdullah Rawa serta Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Malah kelakuan beliau tidak langsung mencerminkan pemimpin parti yang menggunakan nama Islam," ujarnya.
Sebelum ini Abdul Hadi menimbulkan rasa tidak senang banyak pihak apabila menuduh pemimpin politik bukan Islam dan bukan bumiputera sebagai perosak politik dan ekonomi negara. Dia mendakwa golongan itu mengamalkan rasuah.
Baru-baru ini Abdul Hadi turut mendakwa dia adalah individu yang memulakan Langkah Sheraton bagi menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat.
Dia memberi alasan kononnya langkah itu dibuat kononnya HARAPAN mahu menghapuskan hak keistimewaan Melayu.
"Beliau (Abdul Hadi) adalah antara individu berkomplot menggulingkan kerajaan HARAPAN yang dipimpin oleh seorang beragama Islam. kerajaan ini juga mempunyai barisan kabinet yang majoritinya adalah Islam.
"Oleh kerana gerakan (guling kerajaan) itu maka selama dua tahun ini negara mengalami krisis politik dan ekonomi berpunca daripada ketidakstabilan politik paling teruk dalam sejarah negara.Ulama mesti tonjol akhlak boleh dicontohi
"Kerajaan mereka juga membendung penularan wabak Covid-19, krisis ekonomi juga semakin teruk.
"Ini kerana kumpulan yang berkomplot bersama Abdul Hadi itu sibuk menggulingkan antara satu sama lain bukan sahaja di peringkat negeri malah jawatan Perdana Menteri," jelasnya.
0 Comments