KENYATAAN Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP sebagai “pro komunis” dikecam beberapa pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).
Pengerusi DAP Lim Guan Eng menegaskan tuduhan dilempar Abdul Hadi itu “benar-benar palsu” dan berbaur hipokrasi dan bertujuan memberi imej tidak baik kepada Pakatan Harapan.
Guan Eng turut berkata, sekiranya PAS benar-benar menentang fahaman komunisme, parti itu sepatutnya menyerang Umno yang menghantar wakil mereka dalam mesyuarat Parti Komunis China (CPC).
“Umno satu-satunya parti yang menjemput CPC menghadiri perhimpunan mereka. Jadi, macam mana dia boleh cakap DAP tapi tak sebut Umno.
“Kalau Hadi terlalu anti komunis, kenapa dia tidak bantah Ismail Sabri lantik duta khas ke China?
"Kenapa dia tak bantah hubungan negara kita dengan pimpinan komunis Vietnam?” Soal bekas menteri Kewangan itu.
Ketika negara kini bersiap sedia berdepan pilihan raya, Hadi dilapor telah memulakan serangan terhadap HARAPAN dengan berkongsi beberapa poster di Twitter menyeru rakyat menolak DAP dan komunisme.
Tuduhan itu turut dilemparkan Abdul Hasi dalam khutbah Jumaat di Marang apabila berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan gabungan itu kerana ia diketuai oleh “komunis” dan menyokong komuniti LGBTQ.
Abdul Hadi menyifatkan kumpulan yang dakwanya “pro komunis” itu 'mengganas lebih melampau daripada penjajah yang beragama Kristian dan Yahudi.”
Sementara itu Ahli jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Syahredzan Johan menyifatkan tuduhan Hadi itu membuktikan PAS tidak ada visi untuk mentadbir negara, namun untuk mengaburi kelemahan itu maka tuduhan 'tidak masuk akal' itu dilemparkan bagi meraih sokongan.
“PAS tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kepada rakyat dan mensasarkan serangan ini. Mereka tiada visi dan tidak boleh menawarkan penyelesaian,” katanya.
Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil pula tidak terkejut dengan dakwaan dibuat pemimpin PAS Itu.
Abdul Hadi jelasnya pernah melempar fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya pengerusi HARAPAN itu seorang ahli Freemason.
Fitnah itu jelasnya dibuat Hadi dalam sepucuk surat kepada Allahyarham Yusuf Qardawi, namun ia terbukti tidak benar apabila semakan mendapati individu bernama Anwar itu bukan Presiden KEADILAN.
“Sampai sekarang Hadi tak pernah mengaku dia salah dan fitnah Anwar dan kita lihat PAS ni dah kalah saman fitnah banyak kali,” kata dengan menegaskan kenyataan Hadi itu bertujuan menimbulkan keraguan di kalangan pengundi untuk menutup kelemahan mereka termasuk isu Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau lebih dikenali RUU 355.PAS tak ada modal nak hadapi pilihan raya?
“Dia cuba mengalihkan isu dengan tohmahan kepada orang lain untuk tak menjawab isu PAS gagal,” katanya.
0 Comments