PENGASAS bersama kumpulan reformasi politik, Gerak Independent (GI) Tawfik Ismail dilapor mahu bertanding menentang Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk.
Yang lebih menariknya, anak sulung kepada timbalan perdana menteri kedua Allahyarham Dr Ismail Abdul Rahman itu menyatakan hasrat bertanding dibawah tiket Pakatan Harapan (HARAPAN).
Tawfik dilapor telah bertemu beberapa pemimpin kanan HARAPAN pada konvensyen gabungan itu Khamis lalu untuk memaklumkan permintaannya
“Saya berada di konvensyen HARAPAN Khamis lalu dan memaklumkan hasrat saya kepada pemimpin gabungan tersebut.
“Saya sekarang berharap dapat berjumpa dengan Pengerusi HARAPAN Anwar Ibrahim tidak lama lagi. Untuk menentang bekas timbalan perdana menteri di kawasannya sendiri adalah satu cabaran besar..
“Walaupun saya berdiri sebagai ‘calon rakyat’, berdiri di bawah logo HARAPAN adalah ideal kerana saya menyahut cabaran yang besar,” katanya dipetik Malaysiakini.
Dipetik laporan media, Tawfik berkata langkah bertanding mewakili HARAPAN itu sebagai merupakan strategi untuk mengelak undi gabungan berpecah.
“Untuk mengelakkan undi berpecah dalam mengejar matlamat yang sama, saya menawarkan pencalonan saya kepada HARAPAN sebagai calon di bawah logo mereka,” katanya.
Tawfik yakin dengan perjuangan HARAPAN |
Lim Kit Siang.berkata, langkah itu membuka peluang bagi HARAPAN menekankan perjuangannya menentang rasuah dan memastikan mereka yang dituduh di mahkamah akan terus berdepan keadilan.
0 Comments