Royalti minyak: Mahiaddin nak tipu rakyat lagi? - Syam Ghaz

 


PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Mahiaddin Md Yassin didakwa sekali lagi cuba menipu rakyat apabila berjanji akan memberikan royalti petroleum kepada Kelantan jika gabungan dipimpinnya mentadbir negara.

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah), Mohd Hisyamuddin Ghazali mempersoalkan mengapa Mahiaddin membuat janji itu, sedangkan Kelantan dinafikan mendapat royalti penuh petroleum semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

“Kelantan dianaktirikan waktu mereka ada kuasa. Cuba menipu rakyat sekali lagi? Jangan haraplah. Tidak boleh beri kepercayaan langsung PN akan ditunaikan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Mohd Hisyamuddin turut mendakwa tindakan Muhyiddin memberi royalti dan cukai SST kepada Sarawak berunsur politik semata-mata bagi mendapat sokongan 18 Ahli Parlimen Sarawak untuk menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri ‘pintu belakang’.

“Masa jadi Perdana Menteri, beliau boleh bagi Sarawak RM2.9 bilion cukai Cukai Jualan Negeri (SST) Petronas tetapi Kelantan tidak dapat," tambah aktivis Save Kelantan dan Pengasas Gabungan Profesional Rakyat Kelantan Tuntut Royalti (Gegar) serta Royalti (R) itu.

Untuk rekod, tuntutan royalti minyak diperjuangkan kerajaan Kelantan sejak pemerintahan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sehingga kini dikatakan belum penuhi kerajaan persekutuan.

Pada awal tahun ini, kerajaan Kelantan menjelaskan, negeri itu masih merundingkan bayaran wang royalti petroleum bersama Putrajaya.

Sebagai rekod, ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN), kerajaan ketika itu mengiktiraf dua lapangan minyak iaitu iaitu lapangan Bumi Selatan dan Suria Selatan yang berada tiga batu nautika daripada pesisir pantai Kelantan sebagai hak milik negeri itu.

Kerajaan HARAPAN ketika itu juga memutuskan  supaya bayaran tunai royalti akan dibayar terus oleh Petronas kepada kerajaan negeri Kelantan seperti yang dilaksanakan terhadap Sabah dan Sarawak, bertepatan dengan semangat perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.
 
“Bertuah Kelantan waktu Pakatan Harapan memerintah beri RM418.9 juta atau lima peratus (%) duit ke akaun kerajaan Kelantan pada tahun 2019 dan 2020.
 
“Terengganu juga dapat royalti RM1 billion lebih waktu HARAPAN memerintah,” tambah Mohd Hisyamuddin.

Sementara itu beliau mengganggap PAS yang berada dalam PN sebagai sebuah parti yang lemah walaupun berada dalam kerajaan persekutuan apabila gagal menyelesaikan banyak perkara termasuk isu royalti minyak dan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).

Tak boleh beri kepercayaan kepada PN
“PAS di Parlimen dipercayai seperti ‘tunggul kayu’. HARAPAN sudah buktikan waktu memerintah Malaysia, mereka bagi duit 5% bayaran tunai kepada Terengganu dan Kelantan yang dinafikan sebelum itu.

“Sokonga penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Insya-ALLAH Kelantan dapat royalti penuh,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments