Jangan terperangkap politik kaum dan agama PAS - Mahfuz



RAKYAT khususnya orang Melayu dan Islam diingatkan agar menolak PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bulan hadapan.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Wira Mahfuz Omar semasa menyampaikan ucapan beliau dalam siri Jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kulim baru-baru ini berkata, parti PAS yang dipimpin Abdul Hadi Awang itu wajar ditolak kerana cuba main politik kaum dan agama yang sempit.

Tegas Mahfuz, yang dimainkan oleh PAS amat berbahaya di negara yang berbilang kaum dan bangsa ini dan ia boleh menyebabkan perpecahan dan permusuhan.

“PAS sedang menggunakan taktik Umno dengan memerangkap masyarakat Muslim melalui kebencian demi untuk meraih undi dan sokongan menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.

”PAS juga cuba menakut-nakutkan masyarakat Muslim dengan meracuni pemikiran mereka supaya tidak menyokong dan berada bersama Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Politik demikian sudah pasti akan menimbulkan kebencian dan permusuhan yang tidak dinafikan boleh menjurus kepada perpecahan yang amat dahsyat.

“Maka itu politik sempit kaum dan agama yang dibawa oleh PAS serta juga Umno mahu pun Perikatan Nasional harus ditolak dan dinyahkan dari amalan masyarakat dalam negara ini,” tegas pengerusi HARAPAN negeri Kedah itu.

Sebagai rekod, Abdul Hadi Awang pada Ogos lalu dikritik susulan kenyataannya yang mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera di negara ini sebagai kumpulan majoriti menjadi perosak politik dan ekonomi negara.

Kalangan itu juga tuduhnya menguasai ekonomi negara lalu menggunakannya bagi merosakkan politik, urusan pentadbiran dan kehakiman.

Kemuka dasar untuk rakyat, bukan fitnah kaum


Presiden PAS itu pernah mendakwa DAP sebagai anti Islam, namun dalam masa sama parti PAS menjalin kerjasama politik dengan Parti GERAKAN yang pernah mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang RUU 355.


Dalam serangannya terhadap HARAPAN, Abdul Hadi melempar tuduhan tanpa bukti bahawa gabungan sebagai golongan penyokong komunis.

BACA: Kalau betul PAS anti komunis, kenapa tak serang Umno?
BACA: Abdul Hadi presiden PAS paling teruk

Namun beberapa pemimpin HARAPAN baru-baru ini mempersoal mengapa Abdul Hadi tidak berani menyerang UMNO dengan isu serupa sedangkan rakan Muafakat Nasional (MN) mereka itu diketahui umum ada hubungan diplomatik dengan Parti Komunis China (CPC).


 

Post a Comment

0 Comments