Anwar 'panglima' yang tunjuk ahli politik cara bertarung


KEPUTUSAN Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Tambun pada Pilihan raya umum kali ini dilihat sebagai langkah seorang “panglima yang mahu menunjukkan cara berperang”.

Bekas Pengerusi KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dipetik laporan Utusan berkata, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu telah menunjukkan kepada pemimpin politik di negara ini supaya bersedia berdepan cabaran dan tidak sekadar bertanding di kerusi selamat semata-mata.

“Sebab kalau jeneral perang tak tunjuk cara nak pergi perang, orang lain tak akan ikut sebab kebiasaannya kepimpinan nak ambil ‘seat’ (kerusi) selamat sahaja.

"Alhamdulillah, beliau sudah tunjuk langkah panglima perang, harap itu akan jadi lonjakan PRU kali ini,” katanya dipetik.

Anwar ketika konvensyen HARAPAN di Ipoh pada 10 Oktober lalu mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun yang dianggap sebagai salah satu dari kerusi 'pengkhianat'

Kerusi berkenaan kini disandang Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang menang di kawasan itu dengan majoriti 5,320 undi melalui tiket HARAPAN pada PRU14.

Tindakan Anwar itu bukan sahaja membuktikan calon Perdana Menteri itu berani berdepan cabaran untuk menggempur kawasan 'tidak selamat', malah ia dilihat satu langkah baru dalam politik negara bagi memecahkan semangat kedaerahan dan menjadikan Malaysia lebih bersatu padu.

BACA:
'Ayor', sindiran Peja malukan diri sendiri

Sementara itu, Farhash ketika mengulas peluang Anwar di Tambun berkata, Ketua Pembangkang itu adalah nama besar dengan Ahmad Faizal yang sebelum ini cuba memperlekeh keputusan Anwar itu sebenarnya merupakan ‘underdog’.

Orang politik mesti berani bertarung luar kubu
"Orang bercakap Anwar bukan orang tempatan. sudah tentunya Anwar adalah nama besar dan Peja (Ahmad Faizal) adalah ‘underdog’.

"Ahmad Faizal buat tagline ‘ayor, ayaq’. Untuk saya, Tambun memilih perdana menteri, bukan memilih Ahli Parlimen,” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments