'Ayor', sindiran Peja malukan diri sendiri

 


SINDIRAN Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bertanding di Parlimen Tambun dilihat memakan dirinya sendiri.

Ahmad Faizal sebelum ini dilapor Malaysiakini dilihat cuba mengambarkan Anwar yang merupakan bakal lawannya di parlimen itu sebagai 'orang luar' apabila memberi pesan kepada Anwar bahawa 'orang Tambun sebut 'ayor' bukan 'ayaq'.
 
Tinjauan di ruangan komen portal itu malam tadi kebanyakkan warganet walau bagaimanapun menempelak kembali Ahmad Faizal.

Shahrom Yaacob Shah Serasi berkata "Akhlak Anwar dikenali satu dunia, akhlak kau (Ahmad Faizal) satu Perak je tahu, kaki ronggeng,"

Komen Shahrom itu mendapat 164 respon warganet lain.

Zaity Masfira dalam ruangan komen sama berkata, setakat pandai sebut 'ayor' tapi kerja tak jalan tegasnya tiada memberi apa-apa manfaat kepada rakyat.

Beliau turut mengingatkan Ahmad Faizal bahawa dia dulu memenangi kerusi itu atas tiket HARAPAN.

"Lepas tu 'miker'(awak) khianat... lupa ke?" soalnya.

Jansuri Hj Unat pula memberi komen pedas kepada Ahmad Faizal. Katanya walaupun Anwar bukan orang dari kawasan itu, naun beliau yakin Anwar boleh memajukan Tambun.

"Tidak sakau curi rompak perbodohkan rakyat tempatan Tambun," jelasnya.

Rata-rata warganet dilihat menyokong keputusan Anwar bertanding dikawasan itu.

Awgg Slamat dan Jamal Hamidon, pemilik akaun yang mendakwa mereka pengundi Parlimen itu berkata mereka akan mengundi Anwar pada pilihan raya kali ii.

Setakat malam tadi, artikel disiarkan Malaysiakini dilaman Facebooknya itu mendapat lebih 2,000 komen dan 2600 respon dengan sebahagian besar memberikan ikon 'luucu' terhadap kenyataan bekas Menteri Besar itu.

Sementara itu dalam satu laporan lain, Anwar membalas sindiran Ahmad Faizal dengan berkata bahawa Perak bukan negeri asing baginya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau belajar di Kuala Kangsar selama tujuh tahun dan saya 'sambung' pula di Kemunting dua tahun.

"Teman ini orang Perak sembilan tahun, jangan tak tahu. Jadi, ia bukan tempat asing bagi saya," katanta ketika berucap pada Jelajah Harapan Negeri Sembilan pada Jumaat.
 
Anwar dalam ucapannya juga menjelaskan keputusan berpindah dari Parlimen Port Dickson bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 ini.

"Ramai orang tanya kenapa pindah? Sebabnya kita nak tawan tempat lain dan Tambun pula kerusi yang perlu dimenangi, sebagai Presiden parti, saya perlu bersedia.

"Jadi, kita nak cuba tawan di situ pula. Mudah-mudahan jika dapat tawan beberapa kawasan lain, kita akan ada nilai tambah.

"Kalau kita masing-masing selalu pertahankan saja dan tak boleh berkembang ke tempat lain, ia tiada nilai.

Faizal Azumu 'dimaki' warganet di media sosial
"Sebagai Presiden parti saya perlukan cabaran ini. Kalau fikir nak selesa, baik (saya) kekal di sini (Port Dickson)," katanya.

Dijangkakan dua calon Perdana Menteri dari BN dan PN, Ismail Sabri Yaakob dan Mahiaddin Md Yassin akan akan terus bertanding mempertahankan kerusi selesa mereka.

Perkara sama dapat dijangka bakal dilakukan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang akan mempertahankan kerusi selesanya di Bagan Datuk dan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang akan terus kekal berada di kubu kuatnya di Marang.

Post a Comment

0 Comments