PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Kedah, Datuk Wira Mahfuz Omar mengingatkan supaya rakyat Malaysia tidak tersilap langkah dalam membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.
Dalam satu program di Padang Serai pada Jumaat, Mahfuz berkata sekiranya pengundi salah membuat pilihan pada PRU itu, ia sekali lagi akan memberi peluang kepada pihak yang dilabelnya 'penyamun' untuk terus berkuasa dan rakyat akan menderita.
“Sekiranya Umno-BN memenangi PRU kali ini tidak mustahil kita akan diperintah lagi oleh penyamun.
“Orang jahat tidak harus dibiarkan mengulangi kejahatan mereka yang mana rakyat dan negara akan mudarat.
“Jangan biarkan masa depan anak-cucu kita dikuasai oleh penyamun kerana ia akan melakukan pelbagai kerosakan sepertimana yang telah terbukti sehinggakan satu demi satu pimpinan mereka berhadapan dengan korup dan rasuah,” kata Naib Presiden parti AMANAH itu dipetik.
Tambahnya lagi, pengurusan kerajaan terdahulu terbukti gagal kerana penuh dengan ketirisan, rasuah dan salah laku dalam kalangan pimpinan mereka yang memerintah.
Keputusan pendakwaan terhadap bekas Presiden Umno, Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor jelasnya adalah bukti jelas bagaimana salah guna kuasa berlaku ketika pentadbiran terdahulu.
“Jika tidak mahu ditawan kita harus melawan,” tegasnya.
Dalam ucapannya juga, Mahfuz berkata pentadbiran HARAPAN sebelum ini telah berjaya melaksana langkah pertama membersihkan negara dengan membongkar jenayah rasuah dan ketirisan yang berlaku sehinggakan salah laku dikalangan sebahagian pimpinan Umno terserlah.
Pemimpin Umno yang ketakutan itu dakwanya telah mengibaratkan PRU-15 sebagai ibu kepada segala pilihan raya dengan harapan akan terlepas dan bebas daripada segala pendakwaan sekiranya kembali berkuasa.

Rakyat ada kuasa tentukan masa depan negara |
Sehubungan Mahfuz merayu rakyat agar memastikan undi mereka diberikan kepada pemimpin yang tepat supaya usaha memulihkan negara dapat disambung semula sekaligus meletakkan negara di landasan yang betul.
“Rakyat mesti memberi peluang kepada HARAPAN bagi meneruskan perubahan yang direncanakan dengan menolak parti lain selain HARAPAN,” tambahnya.

0 Comments