Optimis HARAPAN ambil semula Perak


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa optimis bahawa gabungan itu dapat menawan semula Perak sekaligus menjadikan ia negeri keempat di bawah pentadbiran mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Bercakap kepada pemberita sewaktu mengadakan lawatan di Little India di Jalan Tengku Kelana dekat Klang baru-baru ini, Presiden KEADILAN itu berkata, matlamat itu mampu dicapai dengan kerjasama kuat dalam kalangan gabungan itu.

“Insya-Allah, kita tawan Perak,” katanya.

Anwar sebelum ini menegaskan bahawa Perak mempunyai potensi serupa untuk maju seperti Pulau Pinang atau Selangor.

Ketika konvensyen gabungan itu pada Khamis, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan  menyatakan hasratnya untuk melihat martabat negeri itu diangkat sekaligus menjadi gergasi ekonomi baharu.

"Perak harus bangkit bersama Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang diikuti Melaka dan Johor sebagai gergasi ekonomi.

"Rakyat dahagakan pemimpin yang punyai dasar ekonomi jelas, menarik pelaburan dan jangan disamun pemimpin politik yang memperkayakan diri mereka," katanya disambut sorakan penyokong.

Sebelum ini Anwar mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di Kerusi Parlimen Tambun yang disandang Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.

Mengulas mengenai persediaan di kerusi itu, Anwar berkata, ia berada pada tahap siaga yang tinggi.

Perak perlu bersama S'gor dan P.Pinang
“Saya tidak mengikut peratusan, saya kerja kuat. Insya-Allah. Namun, saya kena jaga kawasan lain seperti esok di Pulau Pinang, Ahad di Sabah manakala Isnin ke Sarawak,”katanya.

Sementara itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang menamakannya antara pemimpin yang berupaya menerajui negara .

“Saya ucap terima kasih kenyataan Musa itu membantu. Dia (Musa) kata layak dan ada pendedahan international,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments