PENGANALISIS Politik berpandangan sebahagian besar Wakil rakyat yang melompat parti selepas dipilih pada 2018 lalu akan ditolak rakyat.
Azmi Hassan daripada Akademi Nusantara berkata, Ahli Parlimen itu kini dianggap sebagai liabiliti.
“Mereka yang melompat parti ini tidak selamat. Pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor, hanya seorang sahaja dipilih semula di Johor. Selebihnya dihukum oleh pengundi,” katanya dipetik laporan FMT.
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Pakatan Harapan (HARAPAN) mengambil alih pentadbiran negara setelah diberi mandat oleh rakyat untuk mengantikan kerajaan Umno-BN yang dilingkari pelbagai skandal berkait dana kewangan negara.
Beberapa wakil rakyat yang memenangi pilihan raya itu atas tiket Umno melompat ke Bersatu.
Kemudian Pada Mac 2020, sekumpulan Ahli Parlimen KEADILAN bekerjasama dengan Bersatu, Barisan Nasional (BN) dan PAS dalam “Langkah Sheraton” untuk menggulingkan kerajaan HARAPAN yang ketika itu baru mentadbir negara kurang dua tahun selepas mengambil alih kerajaan.
Mereka yang digelar 'pengkhianat' oleh penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) turut disertai beberapa ADUN lain.
Sebilangan besar dari mereka yang sebelum ini dilihat setia kepada Mohamed Azmin Ali kemudian menyertai Bersatu sebelum melompat sekali lagi ke Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang dilancarkan beberapa bulan lalu dan dilapor mahu bekerjasama bersama Barisan Nasional (BN) yang pernah ditentang mereka sebelum ini.
Azmi turut berpandangan bagi mereka yang melompat parti dan kini menganggotai PBM dan Bersatu, akan menjadi sukar untuk dipilih semula.
Sementara itu Anantha Raman Govindasamy, penganalisis politik daripada Universiti Malaysia Sabah berkata, 90% daripada mereka yang melompat parti akan ditolak oleh pengundi. Hanya 10% atau kurang yang berkemungkinan dipilih semula.
Rakyat muak sikap pemimpin tiada pendirian |
Tambahnya, pengundi bandar lebih cenderung untuk menghukum pelompat parti, berbanding dengan pengundi di kawasan separa bandar dan luar bandar di mana wakil rakyat disanjungi dalam komuniti tertentu.
0 Comments