Nak kerjasama, Tun M sedar tak ada sokongan - Wong Chen


SEORANG pemimpin KEADILAN, menganggap tawaran kerjasama Dr Mahathir Mohamad kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dibuat selepas Ahli Parlimen Langkawi itu sedar parti Pejuang yang diasaskannya tidak ada kekuatan di kawasan luar bandar.

Wong Chen berkata hasrat Mahathir itu dilihat sukar ditunaikan kerana kedua-dua pihak mempunyai matlamat serta asas perjuangan berbeza . Tidak sekadar itu jelasnya kerjasama dengan  Gerakan Tanah Air (GTA) - Gabungan dibentuk Mahathir bersama parti-parti politik kecil lain tidak memberi sebarang kelebihan kepada HARAPAN dan hanya menguntungkan sebelah pihak.

“Nampak jelas bahawa Pejuang memang ada isu. Dia kurang kuat, ada masalah di pedalaman dan di kawasan bandar.

“Contohnya di (pilihan raya negeri) Johor, Pejuang tak dapat lima peratus pun undi. Dr Mahathir memang dia strategis, jadi dia buat tawaran (kerjasama). Tapi ini memang tawaran berpolitik.

Media sebelum ini melaporkan Mahathir bersedia bertemu Anwar, bagi mengadakan rundingan untuk kerjasama menghadapi PRU15.

Dalam satu laporan media, Pengerusi HARAPAN itu berkata, bertemu rakyat lebih menjadi keutamaan ketika ini berbanding pertemuan Mahathir.

Sebelum ini Anwar telah menekankan bahawa gabungan diketuainya bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik yang bersetuju dengan asas perjuangan HARAPAN.

“Kita sokong keputusan Anwar. Ramai anggota parti pun memang tak suka bergabung dengan Dr Mahathir. Matlamat kita berbeza kerana dia parti perkauman dan kita parti pelbagai kaum, jadi asasnya dah berlainan,” kata Wong ketika mengulas pendirian Anwar itu.

Sementara itu tambag penyandang kerusi Parlimen Kelana Jaya itu, asa perjuangan HARAPAN dengan gabungan diketuai Mahathr itu sangat berbeza,  menyokong GTA jelasnya lebih cenderung kepada politik perkauman dan undi itu hanya akan berputar sekitar parti yang memperjuangkan perkara sama, iaitu Umno dan Bersatu.

GTA tak beri nilai tambah buat HARAPAN
“Umno itu parti Melayu. Bersatu pun lebih kurang sama, Pejuang pun sama. Undi orang yang menyokong Pejuang tak akan pergi kepada HARAPAN.

“Dia akan pergi kepada Umno, Bersatu. Jadi dari segi perkiraan matematik, apakah logiknya kita bekerjasama? Undi penyokong dia tak berpindah kepada HARAPAN. Jadi pendirian parti betul,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments