IBU kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, iaitu Datin Mariah Khamis dilapor meninggal dunia awal pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui muat naik di laman Faceboknya pagi ini.
"Baru mendapat khabar sedih dari Kuala Lumpur bahawa bonda kepada Dr Wan Azizah Wan ISmail, Allahyarhamah Mariah binti Khamis telah kembalik ke rahmatullah awal pagi tadi,
"Solat Jenazah dijadualkan pada jam 11.30 pagi ini di Masjid Al-Mustaqim, Ampang," tulis Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Anwar yang dalam rangka jelajah ke Sarawak sementara itu memohon maaf kepada pimpinan HARAPAN dan penyokong di negeri itu kerana terpaksa membatalkan siri jelajah ke Miri dan Kuching yang dijadualkan hari.
Sementara itu penyandang Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar turut berkongsikan berita duka itu. Semoga rohnya dikurnia rahmat Allah
Disertai gambarnya bersana nendanya, Nurul mendoakn kesejahteraan roh Allayarhamah.
Semoga Allahyarhamah nenek ditempakan dikalangan para salihin, diampunkan dosa, dipermudahkan segara urusan, diberikan sepenuh kelapangan kelak dan mendapat hasunul khatimah
"Kami sayang nenek.. Al-Fatihah,' tulisnya.
0 Comments