Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah hadir sokong Anwar


BEKAS Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh dilapor hadir bagi mengiringi Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu majlis di Tawau semalam.

Dipetik laporan Berita Harian, beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Kalabakan menyifatkan beliau kini bukan lagi dalam Umno dan boleh secara terbuka menyokong mana-mana pihak yang diyakininya.
 
"Sekarang saya bolehlah dianggap orang yang tidak ada parti. Saya bebas menyatakan sokongan kepada mana-mana parti yang saya suka," katanya.
.
Serentak itu, beliau menyatakan sokongan terhadap calon KEADILAN yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Tawau dan Kalabakan pada PRU15.

Terdahulu, Anwar dilapor mengadakan siri jelajah Pengerusi HARAPAN ke Sabah.

Calon perdana menteri itu berkata, gabungan dipimpinnya akan bertanding semua 25 kerusi Parlimen di Sabah dan Labuan pada pilihan raya umum (PRU15) ini.

"Jumlah kerusi HARAPAN akan tanding di Sabah seluruhnya. Calon akan diumumkan 28 Okt ini,” katanya.

Ghafur sokong calon HARAPAN di Tawau


Sementara itu beliau turut memaklumkan KEADILAN akan kekal bertanding di tiga kerusi Parlimen dimenanginya dalam PRU lalu iaitu Tawau, Putatan dan Ranau.


Parti itu juga turut akan mengintai kerusi lain selepas melihat beberapa potensi parti itu di beberapa kawasan.

Post a Comment

0 Comments