PARTI PAS bukan sahaja dah bankrap isu, tetapi juga telah hilang akal sehinggakan membuat pelbagai tohmahan terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
Phahrolrazi yang merupakan Pengerusi AMANAH negeri Kedah berkata begitu sebagai mengulas tuduhan pimpinan PAS terhadap HARAPAN ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir.
“Tiba-tiba PAS dakwa dalam HARAPAN ada komunis, kita tolak Raja-Raja, dokong LGBT dan bermacam-macam dakwaan yang tidak masuk akal.
”PAS sedar, nak serang HARAPAN isu rasuah dia dah tak ada modal, nak tuduh tolak Raja-Raja pun itu telah termaktub dalam Perlembagaan dan HARAPAN sentiasa menyokong Raja-Raja dan menghormati demokrasi,” ujar Ketua Pembangkang Dun Kedah itu dalam satu program ceramah di Kulim.
Media sebelum ini memetik kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP “pro komunis”.
Abdul Hadi yang diberi jawatan Duta Khas bertaraf menteri selepas bergabung menjatuhkan kerajaan HARAPAN yang dipilih rakyat pada 2018 itu dilapor baru-baru ini telah menyiarkan beberapa poster di Twitter menyeru rakyat menolak DAP dan komunisme.
Tanpa menyertakan apa-apa bukti jelas terhadap dakwaan itu, Abdul Hadi turut meminta penyokongnya menentang DAP kerana “pro komunis”, sambil menambah “mereka mengganas lebih melampau daripada penjajah yang beragama Kristian dan Yahudi.”
”Isu demi isu yang cuba direka oleh PAS untuk mengaitkan HARAPAN ternyata tidak menjadi. Akhirnya mereka timbulkan pula isu Islam terancam dan isu rasis semata-mata bagi meraih sokongan rakyat,' tegas Phahrolrazi lagi.
Phahrolrazi yang merupakan Pengerusi AMANAH negeri Kedah berkata begitu sebagai mengulas tuduhan pimpinan PAS terhadap HARAPAN ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semakin hampir.
“Tiba-tiba PAS dakwa dalam HARAPAN ada komunis, kita tolak Raja-Raja, dokong LGBT dan bermacam-macam dakwaan yang tidak masuk akal.
”PAS sedar, nak serang HARAPAN isu rasuah dia dah tak ada modal, nak tuduh tolak Raja-Raja pun itu telah termaktub dalam Perlembagaan dan HARAPAN sentiasa menyokong Raja-Raja dan menghormati demokrasi,” ujar Ketua Pembangkang Dun Kedah itu dalam satu program ceramah di Kulim.
Media sebelum ini memetik kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP “pro komunis”.
Abdul Hadi yang diberi jawatan Duta Khas bertaraf menteri selepas bergabung menjatuhkan kerajaan HARAPAN yang dipilih rakyat pada 2018 itu dilapor baru-baru ini telah menyiarkan beberapa poster di Twitter menyeru rakyat menolak DAP dan komunisme.
Tuduhan DAP komunis muncul tiap kali PRU |

0 Comments