PANDANGAN Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) tidak dihentikan dilihat satu kenyataan wajar.
Ia sudah tentu dapat memenuhi kehendak rakyat di negeri Pantai Timur agar sistem pengangkutan darat lebih berdaya maju diperluaskan.
Menurut
Ahli Parlimen Port Dickson itu, walaupun projek itu wajar diteruskan,
namun rundingan semula kos pembinaan wajar dilakukan.
“Projek ECRL telah dimulakan, jadi soal tidak setuju tidak berbangkit,” katanya.
“Projek ECRL telah dimulakan, jadi soal tidak setuju tidak berbangkit,” katanya.
![]() |
Gesaan itu dibuat susulan pendedahan saksi 1MDB |
Tambah
Anwar, pengakuan seorang saksi dalam kes melibatkan bekas Perdana
Menteri, Najib Razak baru-baru ini menjadi sebab kuat mengapa kos projek
tersebut perlu diperinci lebih lanjut.
“Dalam pengakuan kenyataan bersumpah disebut sebahagian kos itu diambil untuk bayar hutang 1MDB. Jadi kita perlu tahu di mana dan berapa,” tambah Presiden KEADILAN itu lagi.
Anwar merujuk kepada saksi, Amhari Efendi Nazaruddin, bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Najib Razak, bahawa projek ECRL ditimbulkan untuk selamatkan 1MDB.

Anggaran kos terkini Putrajaya terhadap projek itu adalah RM44 bilion. Satu jumlah terlalu tinggi sehingga mendorong ahli ekonomi Prof Jomo Kwame Sundaram mencadangkan agar projek itu dibatalkan.
0 Comments