Berakhir hayat Tikiri, si gajah tua malang



TIKIRI, gajah berusia 79 tahun yang tular kerana dijadikan ebagai ‘hamba’ untuk persembahan festival di India akhirnya pergi selamanya.

Badan hak asasi haiwan, Yayasan Selamatkan Gajah (SEF), dalam satu hantaran di laman instagramnya berkata, biarpun mereka sedih dengan berita berkenaan, SEF menganggap ia pengakhiran terbaik untuk gajah betina itu.

“Penderitaan Tikiri sudah berakhir, rohnya telah bebas. Tiada lagi kekejaman yang boleh dilakukan ke atasnya.

“Selamat berehat dan jangan pandang kembali ke arah dunia ini yang nyata membuat jiwa mu dan rakan-rakan mu menderita,” kata pengasas SEF, Lek Chailart dilaman tersebut.

Berita mengenai Tikiri sebelum ini tular setelah gambarnya tersiar.

Keadaan Tikiri yang kurus dan sakit
Pemilik haiwan berkenaan didakwa bukan memanipulasi Tikiri bagi digunakan untuk menyertai perarakan satu festival, malah menyeksa dan merantai haiwan tersebut saban malam.

Takiri yang berada dalam keadaan sakit dan kurus dipaksa menyertai pertunjukan sejak awal pagi sehingga lewat malam dengan suasa bising, dipenuhi asap dan bunyi bising.

Fastival tersebut yang diadakan di Kandy, Sri Lanka itu menampilkan individu membuat persembahan api, penari dan gajah yang dipakaikan kostum berwarna warni.

BACA: Malang nasib Tikiri, si gajah tua

Penderitaan haiwan eksotik itu disembunyikan melalui kostum berwarna-warni setiap kali dipaksa berarak.

Kumpulan hak asasi haiwan PETA mendakwa kebanyakan gajah di Sri Lanka tidak mendapat penjagaan kesihatan yang sewajarnya dan sering terdedah kepada eksploitasi manusia untuk pertunjukan seperti itu.

Mereka turut menyeru agar diwujudkan penguatkuasaan yang lebih tegas untuk melindungi nasib haiwan, serta meminta pelancong untuk mengelak pertunjukan yang menampilkan haiwan.

Post a Comment

0 Comments