TUANKU Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan isu pinjaman bon
Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dipohon Terengganu Investment
Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata Sultan Mizan yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong menitahkan terbitan IMTN digantung dan ditangguhkan sehingga syarat-syarat yang tertera dalam resolusi dipatuhi.
“Saya dititahkan oleh Tuanku Mizan untuk hadir ke Istana Terengganu bersama Ismee Ismail (pengarah TIA) untuk menghadap baginda dengan seberapa segera.
"Baginda menunjukkan dokumen resolusi yang telah sedia ditandatangani oleh Tengku Rahimah.
“Seingat saya, Baginda bertitah ‘please sign this resolution, you can read it if you want’ (tolong tandatangan resolusi ini, kamu boleh baca kalau mahu).
“Saya rasa tergamam dan dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan intonasi Tuanku Mizan yang nampak murka,” katanya.
Shahrol Azral merupakan saksi pendakwaan kesembilan dalam kes penyelewangan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
1MDB sebelum ini sebagai TIA.
Sementara itu tambah saksi tersebut, beliau dengan segera membaca resolusi itu dan mendapati ia melibatkan isu IMTN yang diarahkan untuk digantung dan terbitan IMTN ditangguhkan sehingga syarat-syarat yang tertera dalam resolusi ini telah dipatuhi.
Beliau turut mendakwa orang kepercayaan Najib Razak, Jho Low memberi arahan mengelirukan apabila memaklumkan Tuanku Mizan tiada halangan untuk meneruskan terbitan IMTN ini.
“Ini adalah kali pertama saya mendengar daripada pihak Tuanku Mizan bahawa pihak Terengganu meletakkan syarat terhadap terbitan IMTN. Jho Low sebagai penasihat dan fasilitator kepada Tuanku Mizan dan Najib tidak pernah memaklumkan syarat tersebut,” katanya.
Shahrol Azran juga berkata, pada Mac 2009 timbul masalah antara pihak istana dengan Kerajaan Negeri apabila berlaku pemindahan pemilikan daripada Menteri Besar Terengganu Diperbadankan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada Julai tahun itu
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

0 Comments