Judi: Menteri PAS mesti pertahan prinsip, dicabar letak jawatan


MENTERI
dari kalangan parti PAS perlu berani untuk pertahankan prinsip, kata Ketua Pemuda AMANAH Terengganu Zamil Ghazali.

Zamil ketika mengulas isu cabutan judi yang hangat baru-baru ini berkata, mereka harus berani meletakkan jawatan sekiranya tidak mahu dituduh bersekongkol meluluskan perkara yang dilarang dalam Islam itu.

Beliau turut merujuk pandangan seorang seorang pensyarah undang-undang yang dakwanya sebagai berkata bahawa menteri PAS terikat dengan keputusan kabinet iaitu mesti menyokong dasar diputuskan Jemaah Menteri dan mereka hendaklah meletak jawatan sekiranya tidak dapat bersetuju dengan keputusan dicapai menerusi persetujuan majoriti ahli Jemaah Menteri.

“Ini sebagaimana yang ditegaskan Prof Datuk Dr Shamrahayu A Aziz Berita Harian bertajuk ” Tanggungjawab Kolektif Jemaah Menteri Seiring Perlembagaan” menyebut; dalam pelaksanaan fungsi mereka, Jemaah Menteri dikawal prinsip atau doktrin tanggungjawab bersama (ministerial responsibility).

“Menurut Dr. Shamrahayu, tanggungjawab menteri merangkumi dua dimensi, iaitu tanggungjawab peribadi, dan kedua tanggungjawab kolektif.

“Dalam konteks tanggungjawab kolektif, seseorang menteri turut mengheret rakan lain dalam Jemaah Menteri atas apa yang dilakukannya bagi memastikan Jemaah Menteri bertindak sebagai satu entiti,” kata dipetik.

Terdahulu  Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam satu jawapan bertulis di Parlimen, mengesahkan Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan daripada semua agensi nombor ramalan untuk cabutan khas (special draw) sebanyak 22 kali bagi tahun 2021.
 
Zafrul berkata demikian dalam jawapan kepada pertanyaan lisan Datuk Mahfuz Omar (HARAPAN-Pokok Sena).

Susulan itu menteri dalam PAS dikritik kerana didakwa tidak membantah keputusan oleh kabinet itu.

Sementara itu tambah Zamil, pemimpin PAS tidak wajar membuat sebarang dalih dalam perkara yang boleh membawa kemurkaan besar Allah SWT.
 
“PAS seharusnya mengekalkan iltizam politiknya bahawa hanya akan menyokong perkara yang selari dengan Islam sebagaimana pernah disuarakan oleh Timbalan Presiden PAS melalui teori “minoriti control majoriti”. Ini dilafazkan beliau di atas mimbar Masjid.

Teori 'minoriti kawal majoriti' PAS jadi apa?
“Jika benar PAS ada kesungguhan untuk bawa Islam sebagai agama, hukum Allah sebagai peraturan, halalkan apa yang Allah halalkan, haramkan apa yang Allah haramkan, nescaya PAS tidak berdiri sebagai sebahagian daripada kerajaan yang halalkan judi ini!”katanya lagi.

Untuk rekod, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dimomokkan dikawal parti DAP sebelum ini telah mengurangkan secara berperingkat dari 22 kali kepada 11 kali pada tahun 2019 dan kepada 8 kali cabutan pada 2020.

Post a Comment

0 Comments