Kenapa pembangkang tak terima peruntukan RM100,000 ? - ADUN

SEORANG wakil rakyat Johor mempersoal dimana peruntukan RM100,000 yang menurutnya wajar disalurkan kepada semua termasuk ADUN pembangkang di negeri itu.

Jimmy Puah Wee Tse (HARAPAN - Bukit Batu) dalam satu kenyataan berkata, buat masa ini, wakil rakyat kerajaan negeri menerima peruntukan tahunan lebih banyak berbanding ADUN pembangkang dan ia dilihat tidak adil.

Justeru kerajaan dipimpin Menteri Besar jelasnya perlu bertindak bijaksana dengan memberi peruntukan tersebut kepada semua ADUN bagi menjamin kebajikan rakyat dikawasan diwakili mereka. 

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Mastura Mohd Yazid pada 23 September lalu yang mengatakan setiap wakil rakyat pembangkang dan kerajaan akan diberi nilai peruntukan yang sama.

“Jika di peringkat pusat boleh wujud MoU (perjanjian persefahaman) terma peruntukan sama rata kerana kerajaan PN/BN punyai majoriti tipis, majoriti yang dimiliki kerajaan negeri Johor jauh lebih tipis dan lebih sengit (BN 29-27 HARAPAN).

“Maka (keadaan) lebih mencerminkan realiti politik semasa yang memerlukan kebijaksanaan kerajaan dan kerjasama rapi antara kedua-dua pihak demi kestabilan politik dan kebajikan rakyat,” katanya.

Difahamkan ADUN pembangkang dinegeri itu cuma diberi akses kepada peruntukan kecemasan, pengurusan pejabat dan aktiviti rakyat tanpa peruntukan RM100,00 bagi pembangunan tetap yang diagihkan setiap tahun.

Jimmy Puah harap peruntukan diagih sama rata
Puah yang merupakan Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor turut berkata, sebagai salah seorang ADUN di negeri itu, beliau berharap kerajaan negeri dapat mengikuti jejak langkah kerajaan persekutuan.

“Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor boleh membuktikan ‘cara Johor’ juga sama baik atau lebih baik daripada cara kerajaan pusat dengan menyalurkan peruntukan sama rata dan sama adil kepada semua ADUN di Johor,”tambahnya lagi.  

Terdahulu, pada Ogos Hasni mengumumkan semua 56 ADUN Johor diberi peruntukan tambahan (khas) berjumlah RM150,000 bagi membantu rakyat yang memerlukan di kawasan masing-masing.

Post a Comment

0 Comments