KETUA Parti AMANAH Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa.
Ia susulan dakwaan berkaitan pemberian sebidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat swasta ketika dia menjadi menteri Wilayah Persekutuan.
Dipetik laporan media Hayatul berkata, Annuar yang kini Menteri Komunikasi dan Multimedia mengeluarkan sepucuk surat sokongan kepada syarikat swasta terbabit.
Salah seorang daripada pengarah syarikat berkenaan mempunyai hubungan saudara dan jiran kepada Annuar, dakwanya.
“Saya percaya Annuar menyalahguna kedudukan sebagai menteri dengan memberi surat sokongan,” katanya pada sidang media di pejabat SPRM semalam.
Mengulas lanjut perkara itu, Hayatul mendakwa syarikat terbabit yang memperoleh tanah berkeluasan 2.9 ekar di Lot 131, Jalan Peel, Kuala Lumpur sebenarnya tidak layak kerana “mempunyai modal yang baik” untuk melaksanakan sebarang projek di tapak tersebut.
BACA: Khalid selar tuduhan salahguna kuasa dilemparkan terhadapnya
Syarikat terbabit juga jelasnya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembangunan hartanah dan hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100.
![]() |
Hayatul mahu Annuar Musa disiasat |
“Saya bimbang sekiranya surat terbaharu itu dikeluarkan terlalu lewat dan syarikat telah pun diberi tanah terbabit,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Hayatul menggesa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk meneliti dakwaan tersebut.
0 Comments