KEKALAHAN mengejutkan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor yang berakhir minggu lalu adalah “wake-up call” bagi gabungan itu, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching.
Kelvin Yii melalui satu kenyataan media menegaskan gabungan itu menilai semula strateginya dan membabitkan belia dalam melakukan perubahan susulan kekalahan mereka pada PRN itu.
Memberi amaran sekiranya kuasa progresif terus berpecah dan Malaysia akan menjadi negara gagal, banyak perubahan perlu dibawa bagi mengetengahkan perspektif politik baharu, katanya.
“Walaupun berdepan detik suram ini, masih ada sekilas harapan ke arah pembaharuan sebenar yang sangat diperlukan negara dan rakyatnya – lebih ramai anak muda menyedari suara mereka penting dalam menentukan masa depan negara.
“HARAPAN perlu meletakkan asas untuk membina gerakan belia yang padu menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15),” katanya dalam.
Mengulas lanjut Yii berkata, pembaharuan itu mesti bersifat inklusif, kreatif dan mampu menyampaikan idea serta dasar mengenai isu membabitkan belia seperti pendidikan, pekerjaan dan perumahan.
“Gerakan seperti itu perlu menjadi usaha bersama untuk mendekati, libat urus, mendengar dan lebih penting memastikan pembabitan belia, bahkan mungkin memegang jawatan penting dalam kepimpinan politik.” jelasnya.
Sukar namun perlu dilaksanakan |
“Pembaharuan ini bermula dengan kita. Anak muda Malaysia akan menjadi jambatan yang menghubungkan kumpulan berbeza, memberi tenaga kepada mereka menjadi kuasa padu untuk membina masa depan lebih baik,” katanya.