Putrajaya digesa batal pindaan kalendar sekolah


PUTRAJAYA digesa mengekalkan semula kalendar akademik tahun ini yang asal dan tidak bertindak  memendekkan cuti akhir tahun kepada hanya 2 minggu.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP), Harry Tan berkata keputusan untuk memendekkan cuti guru tidak dapat diterima kerana golongan pendidik itu telah meneruskan proses pembelajaran secara atas talian sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)

Malah pelajar jika sesi persekolahan dilanjutkan, ia akan menyebabkan para pelajar merasa terlalu bosan.

“Hujung tahun merupakan musim banjir dan keadaan itu tidak sesuai untuk sesi persekolahan, selain terdapat sekolah yang akan dijadikan pusat pemindahan banjir.

“Guru-guru telah membuat perancangan awal untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman, termasuklah guru yang berkhidmat di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman,” kata NTUP dalam kenyataan.

Semalam, Kementerian Pendidikan mengumumkan cuti pertengahan penggal 2 dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari bagi semua sekolah.

Cuti akhir tahun bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari.

Difahamkan, menteri Pendidikan Mohd Radzi Jidin mendakwa pindaan itu bertujuan membantu sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran pelajar kerana selepas sekolah sudah ditutup lebih 3 bulan.

Susulan itu, terdapat sebilangan guru tampil meluahkan rasa tidak puas hati atas keputusan kementerian itu.

Malah, Ahli Parlimen Simpang Rengam, Maszlee Malik yang dilantik sebagai menteri pendidikan turut mempersoal mengapa keputusan itu tidak dibincangkan terlebih dahulu dengan para guru.

“Guru-guru yang mengajar dari rumah ketika perintah kawalan pergerakan (PKP), melaksanakan kelas dalam talian setiap hari, bersungguh-sungguh menghantar kerja rumah melalui WhatsApp, gigih merakam video untuk tontonan anak murid, mereka semua adalah ‘frontliner’ penting di bahagian pendidikan ketika seluruh dunia diserang virus koronavirus.

“Adakah semata-mata kerana kes Covid-19 reda dan surut hari ini, kerajaan dan menteri pendidikan mahu melupakan jasa ‘frontliner’ di bahagian pendidikan ini?” soal Mazlee dalam kenyataan.
 

Post a Comment

0 Comments