BERTINDAK dari kenyataan media Istana Negara yang menzahirkan rasa dukacita Agong berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) memutuskan untuk membuat laporan polis seluruh negara terhadap Mahiaddin Md Yassin.
Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Abd Razab dalam satu kenyataan media berkata, selain Mahiaddin, laporan akan dibuat terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun atas penderhakaan terhadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan pembohongan mereka yang dilakukan secara jelas.
"Pada 26 Julai lalu Takiyuddin telah memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa kabinet kerajaan telah membatalkan Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai 2021. Walau bagaimanapun semalam pihak Istana Negara dalam satu kenyataan mendakwa pembatalan itu tidak dimaklumkan kepada Istana dan Yang DiPertuan Agong menzahirkan rasa dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak kerajaan.
"Dalam erti kata lain Yang DiPertuan Agong ‘murka’ atas tindakan pihak kerajaan yang membelakangi Istana," katanya dalam kenyataan itu.
Difahamkan, AMK Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah telah membuat laporan itu pada Khamis.
AMK Sarawak, Terengganu, Kedah dan Wilayah Persekutuan akan membuat laporan Polis semalam.
Menurutnya lagi AMK mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Tan Sri Mahiaddin Yassin, YB Takiyuddin Hassan dan Tan Sri Idrus Harun atas perbuatan derhaka mereka terhadap titah Yang Di-Pertuan Agong serta melakukan pembohongan secara jelas.
“Kami juga meminta pihak polis untuk nyatakan berapa laporan Polis telah diterima berkenaan isu penderhakaan dan pembohongan kerajaan ini serta bilakah siasatan akan dilakukan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan.” Jelas beliau.
“Kita inginkan siasatan telus dari pihak Polis tanpa tunduk kepada pihak kerajaan kerana rakyat menjadi saksi penderhakaan kerajaan Perikatan Nasional.” tegasnya.
Sementara itu, AMK Pahang membuat laporan polis berhubung isu itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bersama wakil Skuad Keadilan Pahang, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Pahang dan individu perseorangan.

Setiausaha AMK Pahang, Ahmad Saifullah Razali berkata tindakan ketiga-tiga pemimpin terbabit telah membelakangkan
Yang di-Pertuan Agong sekali gus merupakan satu perbuatan pecah amanah.
“Perkara seperti ini juga merupakan
satu jenayah yang bercanggah dengan Perkara 150 Perlembagaan
Persekutuan.
"Mereka boleh didakwa menyalahgunakan kuasa dan undang-undang negara," tegasnya.
AMK Perak pula membuat laporan sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Khamis.
![]() |
Mereka didakwa derhaka dan salahguna kuasa |
Naib Ketua AMK negeri, Muhammad Sheith Abdul Haris berkata tindakan ketiga-tiga pemimpin itu amat serius dan boleh membawa kepada krisis perundangan serta krisis Perlembagaan negara.
"Lebih penting keadaan yang berlaku ini membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menghormati Institusi Diraja," kata Sheith lagi.

0 Comments