SKUAD boling negara mempamerkan aksi cemerlang apabila merangkul dua lagi pingat emas di Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-25 di Kuwait.
Kedua-dua pingat itu diperolehi menerusi acara trio lelaki serta wanita.
Trio wanita negara menerusi gandingan Shalin, Sin Li Jane dan Esther Cheah mencatatkan sebanyak 4,534 jatuhan pin selepas beraksi selama dua hari, bagi mengenepikan cabaran dua pasukan Korea Selatan yang terpaksa berpuas hati di tangga kedua 4,331 jatuhan pin.
Kejayaan itu diteruskan pula gandingan Mohd Rafiq Ismail, Syafiq Ridhwan Abdul Malek dan Ahmad Muaz Fishol yang melakukan 4,290 jatuhan pin mengatasi pasukan Kuwait yang mencatat 4,280 jatuhan pin.
Dalam acara serupa, Tempat ketiga menjadi milik wakil negara, Hafiz Zainuddin, Timmy Tan dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam dengan 4,246 jatuhan pin.
Kedua-dua pingat itu merupakan emas ke tiga dan ke-empat negara. Timmy Tan dan Shalin Zulkifli sebelunya mempertahankan acara perseorangan lelaki dan wanita dalam temasya itu.
Shalin yang sebelum ini menjulang emas acara perseorangan, mengakui banyak terhutang budi kepada Esther dan Li Jane yang membantunya dalam aksi semalam.
“Alhamdulillah, dapat emas untuk pasukan. Esther dan Li Jane banyak bantu saya semalam. Hari ini saya berjaya recover. Saya rasa bersyukur, akan teruskan semangat untuk dapatkan pingat emas dalam acara berpasukan,” kata Shalin.
Bagi jurulatih Holloway Cheah, beliau berbangga apabila pasukan lelaki akhirnya meraih sesuatu dalam kejohanan ini.
0 Comments