Haram DAP: fikiran jumut lebai malukan Islam


GESAAN berniat jahat dikemuka PAS supaya lawan politik mereka DAP diharamkan boleh menjerat parti itu.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gesaan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini hanya mempamerkan cara pemikiran dan pendekatan lama dalam berpolitik.

“PAS masih buat pemikiran lama, suruh haramkan itu dan ini. Ini adalah politik lama.

Sekarang kalau dia (PAS) mula ajar kerajaan ada kuasa untuk haramkan, itu bahaya. Bahkan bahaya untuk PAS juga, jadi jangan,” kata Anwar.

Beliau sebelumnya ditemui pemberita pada program Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia di Bangi.

Terdahulu, Tuan Ibrahim mencadangkan Kerajaan mengharamkan DAP, parti politik yang pernah menjadi rakan sekutu mereka ketika era Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Gesaan itu dibuatnya setelah beberapa pemimpin DAP ditahan kerana dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) serta penyebaran komik kontroversi yang didalangi dengan seorang bekas ahli parti itu.

Dalam kenyataannya, Tun Ibrahim memberi gambara seolah-olah Malaysia sedang berada dalam keadaan terancam dan pengharaman DAP sebagai tindakan wajar.

Tindakan golongan lebai dianggap memalukan
Bagaimanapun hasil tinjaun di ruangan komen sebuah portal berita mendapati warganet menyifatkan gesaan itu sebagai sama sekali tidak masuk akal.

"Puak lebai ni malukan bangsa melayu, malukan Islam.

"Ni ke parti Islam?. asyik nak burukkan orang lain, cari salah kan org lain. Ingatkan yang ada pendidikan agama, ada jiwa Islam dalam diri tahu mencari yg terbaik

"Bila lebai ni bercakap nak haram kan parti lain, ibarat tak cermin parti sendiri," kata seorang warganet dengan nama As Zari.

Tambah As Zari, tiada sebab untuk sewenangnya mahu mengharamkan DAP, kerana isu yang cuba dikaitkan Tun Ibrahim dengan parti itu tegasnya adalah masalah berbeza yang tidak bersangkutan parti itu.

"Wahai ahli PAS, Betul kita melayu tetap mahu bersatu. Jadi Khalifah yg ikhlas bantu bangsa sendiri dari kita memburukan bangsa lain dan part lain. Ingat pesanan arwah tok guru Nik Aziz," pesannya.

Post a Comment

0 Comments