KEJUARAAN Grand Prix MotoGP Australia yang baru berakhir di Philip Island sebentar tadi menyajikan aksi cukup mendebarkan.
Seperti dijangka. Juara dunia, Marq Marques sekali lagi mengungguli perlumbaan hari ini apabila mengesahkan kejuaraan ke-11nya pada musim ini.
Sebaik perlumbaan bermula, pelumba Petronas SRT, Fabio Quartararo yang baru dinobatkan sebagai Rookies of The Year (RoTY) pada perlumbaan lalu berjaya bermula dengan
kemas, dia pelumba terawal memacu laju ke selekoh pertama.
Namun pengalaman Pelumba Itali, Velentino Rossi berjaya merebut 'hole shot' bagi memimpin perlumbaan hari ini yang merupakan perlumbaan Grand Prix ke-400 dalam kariernya.
Walaupun bermula cantik, malang menimpa Quantararo di selekoh ke-dua.
Pelumba Perancis itu terjatuh setelah terlibat kemalangan dengan seorang lagi pelumba, Danilo Petrucci yang menunggang jentera Ducati. Kedua-dua mereka tidak meneruskan perlumbaan.
ROssi memimpin perlumbaan, namun ia tidak mampu bertahan lama. Kesan penggunaan tayar mula dapat dilihat setelah perlumbaan bermula 5 pusingan.
Pelumba Yamaha itu semakin perlahan, Cal Crutchlow yang menunggang untuk LCR Honda memintas ROssi dengan diekori rapat Andrea Iannone yang menunggang Aprilia, Rossi kini hanya berada di tempat ke tiga.
Litar Mencabar
Diatas litar cukup mencabar dengan banyak selekoh buta, kedudukan banyak berubah-ubah. pelumba sukar mempertahan kedudukan mereka.
Marquez bijak mengambil kesempatan dari kekecohan atas litar untuk memintas pelumba-pelumba lain, dia tiba mengekori rapat Rossi sebelum berjaya memintas pelumba Yamaha itu dan bersaing di kelompak hadapan.
Dengan 17 pusingan berbaki, Maverick Vinales semakin memperbaiki kedudukan. Beberapa selekoh selepas itu, dia yang menunggang jentera Yamaha memintas beberapa pelumba di depan termasuk Marquez dan seterusnya berjaya memimpin perlumbaan.
Diatas litar Philip Island, jentera tunggangan Vinales dilihat sangat berkuasa dan dominan.
Beberapa percubaan dilakukan Marquez untuk memintas Vinales termasuk di garis lurus litar itu sentiasa gagal. Selain dilihat berkuasa, jentera Yamaha terkenal stabil ketika melakukan brek kuat, kelebihan itu digunakan sebaiknya oleh Vinales.
Namun Marquez sudah tentu berada dalam kelasnya yang tersendiri, pada laluan lurus pusingan terakhir, Marques berjaya memintas Vinales yang membrek awal. sejak itu Marquez tidak lagi membuka ruang untuk dipintas Vinales.
Vinales dilihat beberapa kali cuba memintas Marquez namun gagal, dengan penggunaan tayar lembut di depan dan belakang pada jentera Yamaha tidak mampu lagi bertahan, Vinales perlu berhati-hati.

Hafizh Syahrin
Namun selang beberapa selekoh sebelum garis penamat Vinales terjatuh setelah tayar belakang hilang kawalan, Marquez melepasi garis penamat tanpa pencabar.
"Perlumbaan ini sangat mencabar, tekanan paling saya rasakan ialah apabila Vinales memberi tekanan demi tekanan.
"Saya tahu perlumbaan ini dapat dimenangani jika saya dapat bertahan," kata Marquez yang memulakan perlumbaan hari ini di kedudukan ke-3 grid.
Sementara itu, kedudukan podium hari ini disudahkan dengan Cal Crutchlow di kedudukan ke-dua dan pelumba tuan Rumah Jack Miller yang menunggang Ducati di kedudukan ke-3.
Kemenangan ini sangat bermakna buat Jack Miller yang memulakan perlumbaan di tempat ke-9.
Namun bagi peminat di Malaysia, perlumbaan hari ini sangat bermakna apabila Hafizh Shayrin mengumpul satu mata berharga.
Hafizh yang menunggang jentera KTM Tech 3 yang gagal menyaingi jentera lain itu membuktikan kehebatannya apabila berada dihadapan bekas Juara Dunia Jorge Lorenzo yang menunggang jentera Repsol yang lebih bertenaga.
Sementara itu, Rossi hanya bermula baik sekadar tamat di tempat ke-8, manakala bekas rakan sepasukan Hafizh musim lalu, Johann Zarco yang meninggalkan KTM bagi menunggang Honda pada tiga perlumbaan terakhir musim ini berada di kedudukan ke 13.
Perlumbaan MotoGP selepas ini akan dilangsungkan di Litar Antarabangsa Sepang.

0 Comments