KETUA Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan tiada korban terbaru Covid-19 yang dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah korban kekal 107 kes.
Ini bermakna hari ini merupakan hari ketiga tiada pesakit Covid-19 yang meninggal dunia sejak 5 Mei lalu.
Sementara itu tambah Dr Noor Hisham, 68 kes jangkitan baru dikesan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,535 orang sehingga kini.
“Daripada kes baru itu, 4 kes import dilaporkan.
“Ketika ini, seramai 1,564 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 18 di unit rawatan rapi dengan 7 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media di Putrajaya.
Noor Hisham berkata 88 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan jumlah kes pulih kepada 4,864, iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

0 Comments