Tun M di CCU, Anwar doakan semoga sihat


WALAUPUN
pernah merasa dikhianati, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mendoakan Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) diberikan kesembuhan.

“Mendoakan aafiyah buat @chedetofficial dan semoga keluarganya terus diberi kecekalan dan kekuatan,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu media berkumpul di hadapan IJN selepastimbul dakwaan Mahathir berada di Unit Penjagaan Koronari (CCU) dalam keadaan membimbangkan.

Susulan itu, Jurucakap IJN mengesahkan Ahli Parlimen Langkawi itu sedang menerima rawatan di pusat berkenaan.

Petang tadi anak sulung Mahathir, iaitu Marina memaklumkan mengenai keadaan bapanya.
 
Menurut Marina, bapanya yang kini dirawat di CCU IJN dalam keadaan stabil.

“Sejak dua hari yang lepas, Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Jan 2022.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan tersebut. Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri pada 1998 ketika era pentadbiran Mahthir ketika itu atas dakwaan fitnah salah saku seks dan salah guna kuasa.

Kedua-dua pemimpin itu berdamai beberapa tahun kemudian untuk menjatuhkan perdana menteri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB.

Anwar doakan kesihatan Tun M
Perdamaian itu menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum 2018.

Mahathir secara terbuka berkata dia akan menyerahkan kuasa kepada Anwar namun akhirnya didedahkan bahawa dia tidak pernah mahu melihat Anwar  menggantikannya sebagai perdana menteri.

Post a Comment

0 Comments