SEORANG warga Nepal dilapor terbunuh setelah terjatuh kedalam mesin penyejuk tepung yang masih beroperasi.
Dalam kejadian di sebuah kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tasek dekat Ipoh itu, Mangsa Lama Kajiman, meninggal dunia di tempat kejadian.
Lelaki berusia 37 tahun itu dilapor mengalami kecederaan parah di kepala.
Susulan kejadian itu, seramai 10 anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.47 malam tadi.
Berdasarkan maklumat awal, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohamad Mahir Mat Saad berkata mangsa telah terjatuh ke dalam mesin penyejuk tepung ketika melakukan kerja-kerja pencucian.
“Anggota bertindak membawa keluar mangsa yang diselaputi tepung itu sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada jam 9.38 malam.
Dalam kejadian di sebuah kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Tasek dekat Ipoh itu, Mangsa Lama Kajiman, meninggal dunia di tempat kejadian.
Lelaki berusia 37 tahun itu dilapor mengalami kecederaan parah di kepala.
![]() |
Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa |

0 Comments