Mahkamah tolak permohonan Rosmah gugurkan Sri Ram


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Rosmah Mansor untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan kes rasuah membabitkan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion dihadapinya.

Keputusan itu selepas mahkamah menentukan kesahihan surat pelantikan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu sebagai pegawai pendakwa dalam kes itu menjadi asas kepada permohonan Rosmah.

Dalam prosiding hari ini hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pelantikan Gopal oleh Tommy Thomas - yang menjadi peguam negara sebelum ini - dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah.

Kata hakim terbabit walaupun Gopal pada mulanya dilantik sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) untuk menangani kes-kes jenayah berkaitan 1MDB ke atas Najib, Thomas kemudian secara lisan memberi kuasa kepada peguam terbabit untuk turut bertindak sama bagi kes Rosmah.

Menurut Mohamed Zaini, dia percaya kebenaran diberi Thomas kepada Gopal untuk bertindak sebagai DPP dalam kes Rosmah dilakukan secara sah mengikut seksyen 376 (3) itu.

Kata hakim itu lagi pelantikan Gopal selanjutnya disokong dua surat yang mengesahkan hal tersebut oleh peguam negara sekarang, Idrus Harun, masing-masing bertarikh 8 Julai tahun lalu dan 21 Mei tahun ini.

Mahkamah tolak permohonan Rosmah
"Masalah yang berkaitan adalah apakah pelantikan Sri Ram dapat (dilakukan) secara retrospektif (untuk menjadi DPP dalam kes Rosmah).

"Saya setuju dengan pihak pendakwaan bahawa pendakwa raya mempunyai kuasa di bawah Seksyen 50 Akta Tafsiran, dan berhak membuat pelantikan Sri Ram secara retrospektif," katanya.

Post a Comment

0 Comments