LAPORAN ketua Audit Negara mengenai Tabung Haji (TH) menunjukkan bahawa pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) mengutamakan ketelusan dan integriti dalam pentadbirannya.
ADUN Pulai Sebatang, Taqiuddin Cheman ketika mengulas laporan tersebut berkata, laporan itu dengan jelas telah membuktikan bahawa pasukan TH ketika era pemerintahan HARAPAN mengambil keputusan dan langkah yang betul dalam menyelamat agensi pengurusan haji.
Laporan itu juga mengesahkan bahawa tidak ada apa-apa penyelewengan atau salah urus dalam pentadbiran TH semasa gabungan itu memerintah seperti ditohmah sebelum ini.
“Sijil Pengauditan Penyata Kewangan TH menyatakan bahawa TH pada tempoh berakhir 31 Disember 2019 telah memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan lembaga itu dan kumpulannya.
"Prestasi kewangan serta aliran tunai selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 35).
“Justeru, kami mendesak kepada semua pihak yang telah membuat tohmahan dan menyebarkan maklumat salah berkenaan TH sebelum ini untuk tampil membuat permohonan maaf kerana telah mengelirukan orang awam dan 9 juta pendeposit TH,” tegasnya dalam satu kenyataan.
![]() |
HARAPAN ditohmah dengan pelbagai tuduhan |
Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa pada semalam berkata, laporan TH untuk kewangan 2019 adalah hasil sebenar setelah setahun pemulihan yang dilakukan daripada sudut laporan kewangan yang bersih dan mengikut piawaian.
0 Comments