KERAJAAN disoal bila perubahan mengenai undang-undang dadah akan dilaksana dinegara ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berkata, perubahan itu amat diperlukan bagi mempermudahkan jalan keluar kepada isu penyalahgunaan dadah selain memudahkan akses kepada rawatan serta ubat-ubatan pemulihan.
Tambah Nurul Izzah lagi, langkah itu juga dapat mengelakkan pesalah kecil atau individu yang terjerat sebagai keldai dadah dari menerima hukuman tidak setimpal.
"Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai pembaharuan penjara dan pusat tahanan masih menunggu butiran lebih lanjut dan peruntukan sebenar dalam Akta Penyalahgunaan Dadah dan Bahan 2020 yang baru.
"Saya teringat usaha mendiang VK Liew dalam menerajui reformasi sistem keadilan jenayah - dan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori yang jelas telah memangsakan pesalah kecil berpendapatan rendah atau keldai dadah, dan bukannya 'raja pengedar dadah'.
"Saya berharap pembaharuan seperti itu dapat dikaji kembali melalui dua jawatankuasa teknikal yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri - kelolaan Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-undang," katanya dipetik satu laporan media baru-baru ini.
Isu berkenaan perubahan undang-undang itu kembali berbangkit susulan penangkapan pasangan kekasih kerana memiliki biskut ganja, mereka dilapora akan disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Para penggiat kempen #KajiBukanKeji dan Persatuan Kesedaran Malaysia (Masa) baru-baru ini menyatakan rasa kesal kerana mahkamah masih diberi mandat untuk mengeluarkan hukuman berat terhadap pesalah berkaitan dadah.
Tegas mereka, terdapat keperlua jelas untuk reformasi dasar dadah dan polisi yang lebih besar dalam menjatuhkan hukuman, terutama ketika hukuman berat dan tidak dapat dipulihkan seperti hukuman mati dikuatkuasakan.
Sebagai rekod, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2 Disember tahun lalu yang telah "mengklasifikasikan semula kanabis sebagai "dadah yang kurang berbahaya" dan mengeluarkannya daripada senarai bahan opiod yang boleh membunuh dan ketagih.
Sidang CND PBB ke-63 di Vienna, Austria telah bersetuju menerima usul untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 pindaan Protokol 1972 (Konvensyen 1961).
Beberapa negara termasuk Thailand telah mengkaji potensi tumbuhan itu untuk pelbagai tujuan termasuk perubatan.
Sementara itu, bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ismail meminta lebih banyak kajian dibuat mengenai isu penggunaan ganja perubatan.
Jelasnya penyelidikan mesti diteruskan dan perlu membuahkan hasil. Sekiranya berjaya, produk pembuatan di sini atau di luar negara boleh melalui proses Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA - KKM) sama seperti ubat farmasi lain.
![]() |
Kaji polisi, elak dekriminalisasi |
"Kami masih berpegang pada pandangan itu untuk isu dasar dekriminalisasi terhadap orang-orang yang memiliki (sejumlah kecil dadah) dan bukan mereka yang memperdagangkan untuk membuat keuntungan.
"Ketagihan dadah adalah penyakit dan pesakit memerlukan rawatan dan terapi," katanya dipetik Malaysiakini.
0 Comments