Allahyarham Zahir naik pangkat ke Leftenan Kolonel


ALLAHYARHAM Mejar Mohd Zahir Armaya yang terbunuh selepas dipercayai tertembak sewaktu gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) dan Briged ke-13 Infantri Malaysia, pada 4 September lalu difahamkan telah diberi penganugerahan kenaikan pangkat.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel oleh Majlis Angkatan Tentera ke-578 yang telah bersidang pada 17 Sept lepas.

Namun jelas kenyataan itu, kenaikan pangkat itu kini tertakluk kepada kelulusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mohd Zahir turut diberi kepercayaan sebagai pengajar
Sementara itu kata TDM lagi, pihaknya juga akan memberi perhatian sewajarnya dalam memastikan daedah dan kebajikan keluarga Mohd Zahir terpelihara, sesuai kelayakan yang telah ditetapkan dalam perkhidmatan TDM.

Terdahulu, Insiden menimpa Allahyarham Zahir disifatkan sebagai tragedi untuk angkatan bersenjata negara. Zahir dianggap sebagai seorang anggota Komando terbaik dimiliki negara.

BACA:
Mejar Mohd Zahir komando terbaik antara terbaik

Sepanjang perkhidmatanya juga, Zahir telah menunjukkan pencapaian membanggakan dan sering dijemput menjadi tenaga pengajar termasuk kepada tentera antarabangsa.

Post a Comment

0 Comments