Ponteng Mesyuarat: Zuraida diadu ke lembaga disiplin



KELAKUAN Naib Presiden KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan beberapa pemimpin lain yang didakwa ingkar peraturan parti telah diadukan kepada lembaga disiplin parti itu.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang mengesahkan tindakan itu berkata, beliau telah menghantar aduan tersebut kepada Pengerusi Lembaga Disiplin Ahmad Kassim pada Selasa menerusi e-mel dan turut mengirim laporan berkenaan ke kediamannya.

Tindakan itu dipercayai susulan keengganan beberapa pemimpin parti itu hadir ke beberapa mesyuarat parti seperti didedahkan sebelum ini yang dianggap sebagai telah menjejaskan perjalanan parti tersebut.

“Saya minta tindakan disiplin diambil kerana dia (Zuraida) didakwa melanggar peraturan majlis tertinggi parti. Dia kena jawab.

“Ada beberapa nama lagi yang saya turut namakan, bagaimanapun saya tidak boleh bocorkan siapakah pemimpin lain yang saya maksudkan kerana bimbang akan menggugat kerahsiaan pentadbiran parti,” tambah beliau dipetik laporan media.

Fasal 41.3 perlembagaan KEADILAN menyatakan lembaga disiplin boleh memulakan siasatan terhadap salah laku disiplin mana-mana anggota parti tanpa perlu aduan daripada mana-mana pihak.

Zuraida dan beberapa individu sebelum ini bertegas ingin bertemu Anwar  secara tertutup.

BACA: Anwar hulur tangan perdamaian, mengapa terus sombong? 

Namun Presiden KEADILAN itu menegaskan mereka boleh bertemu dan berbincang pada mesyuarat biro politik setiap Rabu dan mesyuarat majlis pimpinan pusat setiap bulan secara terbuka.

Difahamkan sehingga kini mereka masih tidak hadir ke mesyuarat dijadualkan walaupun peringatan dan nasihat telah diberikan sendiri oleh Anwar supaya mereka hadir.
 
Mereka memberi alasan pelbagai untuk mengelak hadir ke mesyuarat parti tersebut.

Post a Comment

0 Comments