KERAJAAN dilapor telah membelanjakan lebih RM420 juta bagi mengurus empat pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendedahkan jumlah itu dalam jawapan di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.
“Jumlah keseluruhan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pelaksanaan PRN Sabah ke-16, PRN Melaka ke-15 dan PRN Sarawak ke-12 adalah berjumlah RM324 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada .
Pecahan perbelanjaan tidak termasuk bagi PRN Johor itu adalah sebanyak RM130 juta; Melaka (RM45 juta); dan Sarawak (RM149 juta).
Menjawab soalan berasingan daripada Wong Ling Biu (HARAPAN-Sarikei), Wan Junaidi berkata SPR membelanjakan kira-kira RM96 juta bagi PRN Johor.
“Perbelanjaan merangkumi perolehan pembelian dan sewaan peralatan pilihan raya, kenderaan, pembangunan ICT, logistik, elaun petugas dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan.
“Perbelanjaan ini turut mengambil kira peralatan mengikut garis panduan pencegahan Covid-19,” katanya.
Wan Junaidi turut menjelaskan perbelanjaan PRN Johor kali ini meningkat sebanyak RM61 juta berbanding PRU ke-14 bagi negeri berkenaan, manakala Melaka meningkat RM32 juta.
Terdahulu banyak pihak mengkritik tindakan mengadakan PRN yang tidak perlu terutama ketika negara berdepan pendemik Covid-19.
Apakah PRN lebih penting dari nasib rakyat? |
BACA: UMNO pentingkan diri kerana adakan PRN Johor - Anwar
“Kos PRN Johor ini bagilah pada orang susah yang menganggur, subsidi minyak... tapi mereka ini tak pakai otak... ini masalahnya sombong sangat," tegasnya.
0 Comments