KWSP: Anwar gesa S Arulchelvan baca konteks kenyataan


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak kenyataan Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan kononnya keputusan Anwar menyokong pengeluaran  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebagai ‘meraih undi’ untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, PSM mungkin tidak membaca secara menyeluruh konteks berhubung desakan pengeluaran KWSP yang disuarakannya baru-baru ini.

Ketika ditemui pemberita selepas hadir satu program di Parit Sulong pada Khamis, Anwar menegaskan bahawa pendiriannya tidak pernah berubah, bahawa kerajaan sepatutnya menanggung kerugian yang dialami oleh mereka yang terjejas akibat banjir.

“Itu prinsip dia (kerajaan bantu). Kalau begitu jangan suruh orang ambil simpanan kerana esok lima atau enam tahun dia pencen, dia tiada wang. Jadi itu desakan saya.

“Jadi nak kata berubah (pendirian) tidak ada. Kita tidak setuju peringkat ini untuk meminta pencarum mengeluarkan wang yang sedikit baki dengan syarat kerajaan membantu ganti rugi, rumah yang rosak, kenderaan dan sebagainya.

“Kalau kerajaan ganti, tak perlu pencarum mengambil wang tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, pilihan yang ada ketika ini adalah mengeluarkan KWSP selepas kerajaan didakwa masih belum berjaya mengatasi kesusahan yang dialami rakyat.

Nasib mangsa banjir wajar diberi perhatian


“Soalnya sekarang selepas berbulan berlalu, dah datang banjir kedua, kerajaan ini baru duk fikir dan kaji.


“Orang dah susah dan dalam keadaan sekarang saya kata kalau kamu tak bagi bantuan kepada rakyat, kamu kena benar lah dia cari wang itu.

“Jadi kalau orang tak setuju, nak buat apa sekarang, nak tunggu?” tegas Anwar lagi.

Post a Comment

0 Comments