PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan supaya bertanggungjawab dengan mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada masa sesuai dan tidak membebankan rakyat.
Beliau yang bimbang dengan kemungkinan PRU diadakan ketika musim banjir berkata, pilihan raya boleh dilangsungkan apabila keadaan terkawal.
"Mana-mana kerajaan bertanggungjawab akan menetapkan tarikh masa yang sesuai tetapi tidak membebankan rakyat. Sebab itu kita prihatin permasalahan banjir.
"(Bagaimanapun) itu (tarikh PRU15) keputusan perdana menteri dan ke bawah duli Yang di-Pertuan Agong... mungkin tahun depan," katanya pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Kangar pada Sabtu.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika melancarkan jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) pada 17 Sept lalu dilaporkan berkata, BN sanggup meredah banjir untuk berkempen, jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh.
Kenyataan itu kemudian dikritik pemimpin Pakatan Harapan yang menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak peka kepada kesusahan yang bakal dihadapi rakyat sekiranya ditimpa musibah banjir.
Susulan kritikan itu Ahmad Zahid pula mendakwa bantahan HARAPAN agar PRU15 tidak diadakan pada musim tengkujuh kerana gabungan itu takut akan kalah.
Walau bagaimanapun Anwar dalam sidang media itu turut Anwar menjawab dakwaan Zahid dengan mendakwa sokongan rakyat terhadap gabungan dipimpinya semakin meningkat.
Beliau merujuk sambutan dalam ceramah mega diadakan KEADILAN di Gombak, Kuala Pilah dan Port Dickson baru-baru ini.
Anwar nasihat adakan PRU tahun depan |
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mengkritik kerajaan dengan berkata, bibit bibit perpecahan dalam kalangan mereka semakin jelas terutama membabitkan kumpulan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
0 Comments