PIHAK Pendakwaan dalam kes rasuah membabitkan Ahmad Zahid Hamidi digesa menjawab punca kegagalan mereka membuktikan kes terhadap Presiden Umno itu.
Gesaan itu dibuat Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil yang menegaskan bahawa pihak pendakwaan seharusnya menjawab bukan sahaja kepada peguam negara tetapi juga kepada orang ramai.
Tegasnya hakim telah membuat perbandingan antara kes Zahid dan Rosmah Mansor, khususnya tentang bagaimana pembayaran rasuah yang dikatakan telah dibuat.
“Seseorang akan tertanya-tanya apa yang membuatkan hakim membandingkan antara perincian yang diberikan oleh dua pasukan pendakwaan berbeza dengan kes masing-masing.
“Pada sama sama, kita semua perlu membaca penghakiman penuh sekiranya ia tersedia bagi memahami sepenuhnya keputusan ini,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dipetik FMT.
Gesaan serupa turut disuarakan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat peguam negara perlu menjelaskan kegagalan mereka membuktikan kes prima facie terhadap Zahid.
“Berdasarkan keputusan hakim, mereka (pihak pendakwaan) telah gagal, jabatan peguam negara dan SPRM mesti jawab,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Pada Jumaat, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya setelah pihak pendakwaan gagal mewujudkan prima facie ke atas bekas timbalan perdana menteri itu.
Mahkamah digesa dedah alasan penghakiman |
“Kami menerima penjelasan peguam negara bahawa penghakiman dalam kes Zahid di Mahkamah Tinggi di Shah Alam perlu diteliti dan dikaji sebelum rayuan difailkan,” katanya sambil memohon alasan penghakiman didedahkan kepada umum seperti yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Najib Razak dalam kes SRC International.
0 Comments