PERDANA MENTERI, Ismail Sabri Yaakob diingatkan supaya tidak takut dengan tekanan dari ketuanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pada kongres khas parti itu di Shah Alam hari ini berkata, pembangkang telah memberitahu Ismail supaya tidak perlu bimbang dengan tekanan dari Zahid itu kerana pembangkang tidak pernah mencabarnya supaya membubarkan Parlimen.
Menurutnya lagi, Ismail Sabri memiliki memorandum persefahaman (MoU) untuk menyokongnya sehingga penggal parlimen dihabiskan, justeru berharap Ismail tidak termakan desakan Presiden umno itu dan pengikutnya, yang gigih menggesa PRU-15 segera diadakan.
“Kami telah menasihatkan perdana menteri berkali-kali, di Dewan Rakyat dan banyak lagi… bahawa jika Zahid menarik sokongan terhadap anda (Ismail Sabri), anda mempunyai MoU dengan HARAPAN… jadi jangan risau tentang ugutan Zahid.
“Saya ingin mengingatkan Ismail Sabri bahawa anda adalah perdana menteri Malaysia… jadi bertindak seperti perdana menteri dan bukan pengikut parti,” katanya.
Mengulas lanjut, Loke juga memberi amaran bahawa UMNO akan menerima hukuman berat jika masih berkeras untuk mengadakan PRU-15 pada musim hujan dan banjir.
“Saya ingin memberitahu Ismail Sabri dan UMNO bahawa jika mereka mengadakan pilihan raya pada musim hujan dan banjir, orang ramai akan menghukum mereka dengan cara yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini.
Utamakan rakyat dulu sebelum arahan parti |
"Kami di DAP nak uruskan banjir dan hujan lebat dulu baru boleh buat PRU-15. Jadi teruskan dan bubarkan Parlimen dan lihat apa yang berlaku,” kata bekas Menteri Pengangkutan itu lagi.
0 Comments