HALA TUJU pendidikan negara kabur selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentafsiran Tingkatan Tiga (PT3) diansuhkan, kata Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH)
Jawatankuasa dipengerusikan bekas Menteri Pendidikan, Maslee Malik itu melalui satu kenyataan berkata, langkah itu bukan sahaja merencatkan pendidikan, malah membebankan warga pendidik.
JKPPH beranggapan ada banyak masalah utama yang berlaku dalam sistem pendidikan tetapi gagal diselesaikan oleh Radzi Jidin selaku menteri pendidikan.
"Antara isu utama yang mengakar dalam pendidikan adalah pemansuhan UPSR dan PT3 yang beralih kepada Pentaskiran Berasaskan Bilik Darjah(PBD).
"Ternyata sehingga hari ini arah tuju yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih kabur dan merencatkan proses pendidikan di sekolah, malah melemahkan motivasi murid.
"Selain itu, guru-guru yang memang dibebani tugas bukan mengajar yang semakin bertambah masih belum diatasi oleh pihak KPM sedangkan isu ini sering dibangkitkan oleh guru-guru," katan JKPPH dalam kenyataan.
KPM pada 9 Ogos lalu memaklumkan keputusan mereka untuk tetap dengan pendirian memansuhkan UPSR dan PT3 walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu ia dilaksanakan semula.
Timbalan Menteri Pendidikan ll, Mohamad Alamin, berkata UPSR dan PT3 dimansuhkan kerana KPM mahu melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang, bukannya terhad dalam bidang akademik saja.
Sementara itu JKPPH menyuarakan pandangan bahawa wajar diselesaikan segera kerana tekanan yang dihadapi oleh warga pendidik boleh melemahkan prestasi mereka ketika mengajar.
JKPPH sifatkan Radzi Jidin gagal |
"Justeru JKPPH beranggapan menteri pendidikan gagal menyelesaikan kepincangan besar yang berlaku dalam pendidikan sedangkan hampir kesemua masalah yang dibangkitkan oleh JKPPH sedang diselesaikan oleh menteri dan timbalan menteri pendidikan ketika itu pada tahun 2018 sehingga 2020," kata kenyataan itu lagi.
0 Comments