RAKYAT dinegara ini perlu bijak dan tidak sewenangnya menaruh kepercayaan terhadap parti politik hanya kerana menggunakan jenama Melayu-Islam.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika ucapannya sempena Konvensyen Wanita Keadilan di Seberang Perai semalam berkata, jenama dibawakan parti politik tidak membawa sebarang makna sekiranya mereka tidak bersungguh dalam usaha membasmi kemiskinan, lawan rasuah dan menolak kerosakan alam sekitar.
Sambil mengutuk pihak yang “mahu menjaga spiritual, menjaga solat lima waktu, memakai hijab, tetapi meredakan segala tamak haloba” dengan "meruntuhkan bukit" termasuk mencuri balak Anwar menegaskan sekiranya pihak itu diberi kuasa, ia hanya akan menambah kemusnahan alam sekitar yang kesannya akan ditanggung rakyat.
“Bukit-bukau diruntuhkan atas nama Melayu dan Islam dan kita kata ‘Allahuakbar’,” katanya.
Sementara itu Anwar berkata, sekalipun KEADILAN yang dipimpinnya tidak membawakan jenama Melayu-Islam, namun parti itu kukuh mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, bahasa kebangsaan dan status Melayu-Islam.
Namun dalam masa sama parti itu memberi perhatian kepada semua kaum yang berdepan dengan masalah kemiskinan.Rasuah bawa nasib malang untuk rakyat
“Itu perbezaan mereka dan kita. Kita tidak akan meminta maaf dan kita akan kekal menjuarai kepentingan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau kepercayaan agama.
“Walaupun di kampung-kampung kita diasak seolah-oleh tidak ada pendirian, saya nak jawab, ini makna keadilan dan kesamarataan,” katanya dipetik.
0 Comments