Rakyat Johor perlu bersatu, 'kejutkan' UMNO esok - Anwar


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Johor mengundi calon dari HARAPAN sekaligus memberi ‘kejutan’ kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung esok.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, naratif BN bahawa pilihan raya negeri ini adalah untuk mencari kestabilan diperlukan kerana majoriti kerajaan sebelum ini adalah tipis, merupakan alasan yang sukar diterima.

Tindakan mengadakan PRN Johor tegas Anwar tidak lain tidak bukan, hanyalah muslihat UMNO dan BN untuk mendesak pilihan raya umum diadakan lebih awal, dan seterusnya membebaskan pemimpin mereka yang terikat dengan kes mahkamah.

“Keputusan (bubarkan DUN) ini muslihat UMNO. Ia mempamerkan keangkuhan mereka, nak guna Johor sebagai permulaan menuntut pilihan raya umum, semata-mata nak bebaskan tokoh mereka dari rasuah.

“Mereka harus tahu, pilihan raya adalah untuk mendapat mandat jaga rakyat, bukan untuk pertahan satu dua ketua yang telah dihukum mahkamah.

"Kalau dia kata kerusi majoriti kecil, Negeri Sembilan (pimpinan HARAPAN) pun kecil.

"Dia kata kalau kerusi kecil, majoriti tipis, tak ada pelaburan datang Johor. Pasal apa Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan juga majoriti kecil, tetapi pelaburan meningkat tinggi dari BN perintah?

“Ini soal governance, dia tidak fokus dalam soal pelaburan, tetapi dia hanya fokus soal politik. Sebab itu pelaburan tak sampai,” kata Anwar sewaktu berucap di Ceramah Mega Pakatan Harapan di Bilik Operasi Utama N49 Kota Iskandar, di Pulai.

Ceramah itu turut dihadiri Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Sementara itu Anwar mengajak rakyat di negeri itu keluar menunaikan tanggungjawab mereka esok.

Rakyat mesti bersatu 'ubah' lanskap politik negara
Kata Anwar, peratusan keluar mengundi yang rendah hanya akan menguntungkan Umno dan sekutu mereka.

“Untuk menang banyak kerusi seperti PRU lalu agak sukar tetapi di kawasan pengundi Cina yang ramai, KEADILAN dan HARAPAN boleh menang di kawasan itu.

“Sokongan bukan Melayu masih kukuh buat parti-parti itu. Cuma jika peratusan keluar mengundi rendah akan jadi sebaliknya,” katanya.

Post a Comment

0 Comments