SEORANG Pengurus kempen bagi calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN Paloh mendakwa MCA terlibat dalam politik wang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Abdul Majid Abd Aziz yang mewakili Sheikh Omar Ali membuat dakwaan itu setelah muncul video menunjukkan wakil sebuah surau berterima kasih kepada Lee Ting Han kerana menderma RM5,000, ketika waktu berkempen dalam pilihan raya Johor.
"Politik wang dan tindakan rasuah ini telah mencemarkan keseluruhan prosedur pilihan raya negeri Johor, khususnya bagi kempen di kawasan Paloh.
"Ini adalah rupa sebenar BN yang hanya dapat meraihkan sokongan dengan menyampaikan wang sogokan," kata Abdul Majid dalam kenyataan hari ini.
Abdul Majid menegaskan bahawa tindakan seperti itu adalah satu kesalahan bawah Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Boleh disifatkan sebagai rasuah |
Abdul Majid berkata dia telah membuat laporan dan berharap polis dan SPRM akan meneliti perkara itu dan "menghalang MCA daripada mencemarkan pilihan raya Johor dengan politik wang".
Sementara itu Lee yang merupakan calon BN bagi kerusi itu dipetik memberitahu bahawa sumbangan itu bukan daripadanya sebaliknya datang daripada jawatankuasa Umno tempatan.
0 Comments