Orang Singapura gelak dengar kenyataan Hasni

 



PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Hasni Mohammad bahawa Singapura boleh menjadi lebih maju jika dipimpin oleh UMNO disifatkan sebagai memalukan.

Dalam satu ucapan di Larkin semalam, Anwar berkata kenyataan Menteri Besar sementara Johor itu menjadi bahan jenaka kerana tidak masuk akal.

"Orang Singapura baca (kenyataan) jadi gelak," kata Presiden KEADILAN itu.
 
Pada Khamis, Hasni mendakwa Singapura boleh menjadi lebih maju jika dipimpin UMNO. Ia sebagai menjawab kenyataan Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan negara itu itu menjadi lebih maju berbanding Malaysia kerana tiada parti berkenaan  (UMNO) di sana.

Nik Amar melalui laporan portal milik parti PAS berkata, Singapura lebih mudah membangunkan negara kerana tiada ditadbir sebuah parti bertunjangkan perkauman.

Singapura maju kerana lawan rasuah
"Saya meminta maaf untuk bertanya secara berterus-terang, UMNO ada ke di Singapura?

"Tak ada. Ini bermakna, jika tak ada Umno, ia menjadi lebih mudah untuk membangunkan negara," katanya dipetik.

Sementara itu, Anwar menyatakan rasa hairan apabila ada lagi rakyat diperbodohkan dengan pihak tertentu yang cuba membeli undi mereka dengan sogokan RM100 sedangkan sepatutnya memilih kerajaan yang lebih baik supaya nasib mereka dapat dibela.

Post a Comment

0 Comments